Tuesday 29 December 2015

Belanja Baju Sekolah, Beg Sekolah Murah dan Kelengkapan Lain Berjumlah RM874.60 Seorang. Anda Pula?


Berita Semasa yakin dan percaya minggu depan, akan viral pula berita yang ibubapa mula mengeluh sekolah sesuka hati mengenakan caj bayaran tambahan untuk pembelajaran anak masing-masing terutamanya yang bakal mengehadapi peperiksaan besar tahun 2016 kelak.

Berita yang tidak pernah “sunyi” dan pastinya akan berbangkit setiap tahun. Untuk kali ini, rata-rata mengatakan kos untuk belanja kelengkapan beg sekolah, baju sekolah, baju kurung sekolah, buku dan lain-lain menjadi mahal.

Untuk anak-anak, usahlah berkira. Memang kos sara hidup semakin mahal di Malaysia. Dan perbelanjaan boleh guna rakyat Malaysia semakin mengecil. Terimalah hakikatnya, selagi tiada transformasi dalam struktur ekonomi kita supaya nikmat dan limpahan pertumbuhan ekonomi benar-benar sampai kepada rakyat Malaysia sehingga berjaya meningkatkan perbelanjaan boleh guna kita semua, selagi itulah apa sahaja kenaikan, cabaran, gelombang perlu ditempuhi bersama.

Tambahan pula, kali ini ia perbelanjaan anak-anak, aset masa depan kita dan negara. Usahlah berkira. Cuma. Pokok pangkat berbelanjalah dengan bijak. Yang mana boleh guna, kekalkan. Gunakan baju sekolah, beg sekolah, baju kurung yang baik lagi untuk tahun 2016.

Didik dan ajar anak-anak, bukan mudah untuk mendapat sesuatu dalam hidup ini. Ajar mereka menghargai setiap pemberian kepadanya.

Di bawah ini Berita Semasa ingin kongsikan pengiraan daripada laporan berita China Press baru-baru ini berkaitan contoh perbelanjaan kelengkapan seorang pelajar lelaki dari sekolah rendah :

Contoh Perbelanjaan Baju Sekolah, Beg Sekolah dan Lain-lain?

  1. Baju sekolah lengan pendek X2 = RM49.80
  2. Tali pinggang = RM12.90
  3. Seluar sekolah (pendek) X2 = RM57.80
  4. Stoking RM4.90 X2 = RM9.80
  5. Kasut sekolah = RM29.90
  6. Botol air = RM23.90
  7. Beg sekolah = RM69.90
  8. Pemutih kasut = RM4.90
  9. Alat tulis yang asas = RM35
  10. Kotak pen = RM8.90
  11. Baju sukan X2 = RM37.80
  12. Seluar sukan X2 = RM44.00
  13. Yuran tuisyen sekolah = RM160
  14. Pelbagai yuran dan bayaran = RM100
  15. Buku dan buku latihan = RM100
  16. Kos pengangkutan = RM130
  17. JUMLAH = RM874.60
Ini baru seorang untuk sekolah rendah. Bagaimana anak 2,3,4,5? Yang belajar di sekolah menengah? Pastinya jualan murah menjadi pilihan ibu bapa hari ini.

Ini contoh perbelanjaan secara umum yang ada. Mungkin ada keperluan mendesak untuk beli yang baru, mungkin ada yang tidak perlu tidak mengapa.

P/S : Kadang-kadang terfikir juga apa nasib anak-anak di pedalaman, di pinggir bandar, ataupun di bandar yang mempunyai anak ramai tetapi pendapatan isi rumah tidak seberapa.

sumber : beritasemasa.com.my/

1 comment:

Equity Capital Loans said...

Adakah Anda Perlu pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
* Pemindahan Sangat cepat dan cepat ke akaun bank anda
* Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
  dalam akaun bank anda
* Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
* Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
* Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
* Memohon - Dapatkan Kelulusan - Akaun dikreditkan dengan jumlah pinjaman
   E-mel homeofequity@gmail.com
     PERMOHONAN PINJAMAN
================================
Nama: ...................
Nama kedua : ..................
Alamat : .................
Negara: ...................
Umur: ..........................
Seks: ....................
Nombor telefon : ..............
Status: .................
Pekerjaan: ...............
kedudukan: .................
pendapatan bulanan : ..............
Jumlah Pinjaman: .................
Tujuan Pinjaman: ...............
jangka masa: ....................
Pernahkah anda memohon pinjaman sebelum: ............
awak faham Inggeris : ..........
sila mengisi dan menghantar borang ini kepada:
E-mel homeofequity@gmail.com
Yang ikhlas,
Nicholas Payne
C.E.O Modal Ekuiti