Berita Semasa yakin dan percaya minggu
depan, akan viral pula berita yang ibubapa mula mengeluh sekolah sesuka
hati mengenakan caj bayaran tambahan untuk pembelajaran anak
masing-masing terutamanya yang bakal mengehadapi peperiksaan besar tahun
2016 kelak.
Berita yang tidak pernah “sunyi” dan
pastinya akan berbangkit setiap tahun. Untuk kali ini, rata-rata
mengatakan kos untuk belanja kelengkapan beg sekolah, baju sekolah, baju
kurung sekolah, buku dan lain-lain menjadi mahal.
Untuk anak-anak, usahlah berkira. Memang
kos sara hidup semakin mahal di Malaysia. Dan perbelanjaan boleh guna
rakyat Malaysia semakin mengecil. Terimalah hakikatnya, selagi tiada
transformasi dalam struktur ekonomi kita supaya nikmat dan limpahan
pertumbuhan ekonomi benar-benar sampai kepada rakyat Malaysia
sehingga berjaya meningkatkan perbelanjaan boleh guna kita semua,
selagi itulah apa sahaja kenaikan, cabaran, gelombang perlu ditempuhi
bersama.
Tambahan pula, kali ini ia perbelanjaan
anak-anak, aset masa depan kita dan negara. Usahlah berkira. Cuma. Pokok
pangkat berbelanjalah dengan bijak. Yang mana boleh guna, kekalkan.
Gunakan baju sekolah, beg sekolah, baju kurung yang baik lagi untuk
tahun 2016.
Didik dan ajar anak-anak, bukan mudah untuk mendapat sesuatu dalam hidup ini. Ajar mereka menghargai setiap pemberian kepadanya.
Di bawah ini Berita Semasa ingin
kongsikan pengiraan daripada laporan berita China Press baru-baru ini
berkaitan contoh perbelanjaan kelengkapan seorang pelajar lelaki dari
sekolah rendah :
Contoh Perbelanjaan Baju Sekolah, Beg Sekolah dan Lain-lain?
- Baju sekolah lengan pendek X2 = RM49.80
- Tali pinggang = RM12.90
- Seluar sekolah (pendek) X2 = RM57.80
- Stoking RM4.90 X2 = RM9.80
- Kasut sekolah = RM29.90
- Botol air = RM23.90
- Beg sekolah = RM69.90
- Pemutih kasut = RM4.90
- Alat tulis yang asas = RM35
- Kotak pen = RM8.90
- Baju sukan X2 = RM37.80
- Seluar sukan X2 = RM44.00
- Yuran tuisyen sekolah = RM160
- Pelbagai yuran dan bayaran = RM100
- Buku dan buku latihan = RM100
- Kos pengangkutan = RM130
- JUMLAH = RM874.60
Ini baru seorang untuk sekolah rendah.
Bagaimana anak 2,3,4,5? Yang belajar di sekolah menengah? Pastinya
jualan murah menjadi pilihan ibu bapa hari ini.
Ini contoh perbelanjaan secara umum yang
ada. Mungkin ada keperluan mendesak untuk beli yang baru, mungkin ada
yang tidak perlu tidak mengapa.
P/S : Kadang-kadang terfikir juga apa
nasib anak-anak di pedalaman, di pinggir bandar, ataupun di bandar yang
mempunyai anak ramai tetapi pendapatan isi rumah tidak seberapa.
sumber : beritasemasa.com.my/
1 comment:
Adakah Anda Perlu pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
* Pemindahan Sangat cepat dan cepat ke akaun bank anda
* Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
dalam akaun bank anda
* Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
* Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
* Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
* Memohon - Dapatkan Kelulusan - Akaun dikreditkan dengan jumlah pinjaman
E-mel homeofequity@gmail.com
PERMOHONAN PINJAMAN
================================
Nama: ...................
Nama kedua : ..................
Alamat : .................
Negara: ...................
Umur: ..........................
Seks: ....................
Nombor telefon : ..............
Status: .................
Pekerjaan: ...............
kedudukan: .................
pendapatan bulanan : ..............
Jumlah Pinjaman: .................
Tujuan Pinjaman: ...............
jangka masa: ....................
Pernahkah anda memohon pinjaman sebelum: ............
awak faham Inggeris : ..........
sila mengisi dan menghantar borang ini kepada:
E-mel homeofequity@gmail.com
Yang ikhlas,
Nicholas Payne
C.E.O Modal Ekuiti
Post a Comment