Menantu mangsa berjanji akan memberi satu bulan gaji kepada He,
walaupun pesakitnya meninggal dunia, tanpa mengambil kira berapa hari
dia telah bekerja. - Foto hiasan
BEIJING, 29 Disember:
Seorang penjaga mengaku dia membunuh pesakit uzur di bawah jagaannya, semata-mata mahu mendapat gaji lebih awal.
He Tiandi, 45, dihadapkan ke mahkamah di
bandar Guangzhou, selatan China, minggu lalu, atas pertuduhan membunuh
seorang wanita warga emas berusia 70-an.
Menurut laporan Guangzhou Daily,
menantu mangsa telah berjanji akan memberi satu bulan gaji kepada He,
walaupun pesakitnya meninggal dunia, tanpa mengambil kira berapa hari
dia telah bekerja.
Selepas hanya empat hari menjaga wanita
itu, He mendakwa memberinya sup yang dicampur dengan ubat tidur dan
bahan kimia toksik, menerusi suntikan ke perut dan pinggulnya, sebelum
menjerut mangsa dengan tali nilon.
“Saya tidak mahu orang lain mendapat wang itu,” katanya di dalam mahkamah.
Namun, pendakwa raya tidak mendakwa He dengan kes-kes itu, disebabkan kekurangan bukti. Kematian pesakit-pesakit itu menunjukkan kelemahan dalam sistem penjagaan warga emas di China yang kebanyakan populasinya meningkat tua dengan cepat.
Keadaan itu menyebabkan anak-anak terdesak untuk mendapatkan bantuan bagi menjaga ibu bapa mereka.
No comments:
Post a Comment