KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi akan memberi rebat kepada pelanggan prabayar Malaysia mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2016.
Forum Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) dalam satu kenyataan
pada Isnin berkata rebat berkenaan, bersamaan dengan jumlah Cukai Barang
dan Perkhidmatan (GST), akan dikredit secara terus kepada akaun
pelanggan prabayar seiring dengan pengumuman kerajaan semasa Bajet 2016
pada Oktober.
"Ini bermakna pelanggan yang menambah nilai RM10 akan pada mulanya
mendapat masa bual RM9.43 kerana enam peratus GST akan ditolak daripada
tambah nilai itu.
"Pelanggan terlibat akan menerima rebat RM0.57 dalam tempoh 24 jam.
GST yang dibayar pelangggan akan dikumpul dan dibayar kepada Jabatan
Katam Diraja Malaysia, selaras dengan Undang-Undang GST dan garis
panduan untuk semua barangan dan perkhidmatan yang diguna," tambahnya.
CFM berkata, syarikat telekomunikasi telah bekerja keras untuk
memastikan transisi lancar agar pengguna mempunyai pengalaman baik
apabila menambah nilai.
Syarikat terbabit juga telah melabur secara berterusan bagi
memodenkan rangkaian di negara ini agar pengguna mendapat perkhidmatan
berkualiti.
CFM ditubuhkan pada Februari 2001 sebagai persatuan yang mewakili
pelbagai pihak berkaitan, termasuk pihak 'penawaran dan permintaan'
industri komunikasi dan multimedia Malaysia.
Ia ditetapkan oleh Malaysia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
pada 2002 untuk melindungi hak-hak pengguna di sektor berkenaan. -
Bernama
No comments:
Post a Comment