Sunday 27 December 2015

Video Dan Gambar Jiran Mengaku Bunuh Kerani Sekolah



Muar: Penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini atas tuduhan membunuh kerani wanita sekolah agama di Bukit Pasir, Muar, di sini, bulan lalu.

Tertuduh, Zurailie Muhamad, 30, bagaimanapun hanya mengangguk faham atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Zurailie didakwa membunuh Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, di rumah di Taman Setia Kasih,Sungai Terap,di sini, antara 2.05 hingga 2.30 petang, 16 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya A Shaarmini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mohd Syafiq kemudian menetapkan 5 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Memetik laporan astro awani 21 november 2015 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Kamarul Zaman Mamat berkata. Suspek berusia 30 tahun yang merupakan jiran terdekat mangsa di taman perumahan itu di tahan pada pukul 6 petang semalam.

“Suspek yang juga seorang pegawai kerajaan telah berkahwin dan mempunyai dua anak,” katanya dalam satu kenyataan kepada media malam ini.

siasatan awal sebelum ini polis bertindak menahan enam warga nepal yang bekerja di kawasan berhampiran selang beberapa jam menemui mayat mangsa untuk membantu siasatan.

Kamarul Zaman berkata suspek ditahan berikutan gagal memberikan keterangan yang memuaskan kepada polis semasa siasatan dijalankan.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan juga turut mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan jenayah kekerasan dan memiliki dadah,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada masyarakat yang telah menyalurkan maklumat kepada polis dalam membanteras jenayah kejam itu.


sumber : eberita.org/



No comments: