Friday 7 March 2014

Sejarah Perjanjian Air Malaysia Singapura 1962: Singapore Beli 3 Sen Air Mentah, Malaysia Beli Air 50 sen! Ada Rahsia Disebaliknya?

Sejarah Perjanjian Air Malaysia Singapura 1962 Singapore :  Berita Semasa boleh katakan, negara kecil seperti Singapore bijak mengambil peluang di atas “kelemahan” negara lain. (CONTOH?)
Tetapi tindakan sebegitu rupa bukanlah satu ancaman besar sebenarnya jikalau pemimpin yang dihantar berunding dan berbincang dengan Singapura mampu mengendalikan dengan bijak & tegas dalam segala tindakannya walaupun diasak bertali-arus oleh pemimpin Singapura. Terbaru Menteri Luar Singapura K Shanmugam tampil berani mengatakan…..

Terdapat 2 Perjanjian Air Malaysia Singapura. Perjanjian pertama telah tamat pada tahun 2011, Perjanjian Air Malaysia Singapura kedua hanya akan tamat sekitar tahun 2061. Johor beli 16 Juta gelen air terawat sehari pada harga 50 sen bagi setiap 100 gelen. Berapa Singapura beli air mentah daripada Malaysia? 3 sen!!! “Bijak”…..

Kronologi Krisis & Sejarah Perjanjian Air Malaysia Singapura

  1. Malaysia ada hak untuk melakukan semakan harga air bersama pada 1987
  2. Jika Malaysia menggunakan haknya untuk menyemak harga air pada 1987, Singapura mungkin akan membuat keputusan pelaburan yang berbeza bagi membangunkan Sungai Johor, contohnya projek Empangan Linggiu pada 1990 pada kos pada kos lebih S$300 juta, yang mempertingkat kuantiti air di Sungai Johor erta membolehkan Johor dan Singapura mendapat bekalan air ketika musim kemarau
  3. Tahun 1987 : Walaubagaimanapun, Malaysia memutuskan untuk tidak mengkaji semula perjanjian harga air
  4. Tahun 2002 (laporan Bernama 2002) : Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad ada alasan tersendiri pada masa itu tidak mahu semak Perjanjian Air Malaysia Singapura, kerana kerajaan malaysia merasakan kerajaan Singapore juga akan semak harga air terawat yang dibekalkan kepada Malaysia
  5. Tahun 2012 (New Straits Times , 3 Julai 2002) : Speaker Johor, Zainal Abidin Mohd Zain amat bergantung air terawat daripada Singapura, semakan Perjanjian Air Malaysia Singapura bakal menyebabkan harga air terawat akan melonjak juga.
  6. Tahun 2014 : Malaysia tidak lagi berhak untuk melakukan semakan harga air Perjanjian Air Malaysia Singapura. Perjanjian Air memperuntuk kajian semula selepas 25 tahun perjanjian air
  7. Singapura sudah menyatakan pendiriannya berhubung isu Perjanjian Air Malaysia Singapura ini dan turut memaklumkannya secara rasmi kepada kerajaan Malaysia beberapa kali.
  8. Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman pada 17 Februari 2014 berkata: “perjanjian adalah perjanjian dan kita akan menghormatinya.
Menceritakan bibit-bibit perbincangan Perjanjian Air, semakan Berita Semasa terhadap salah seoarang yang terlibat dalam mesyuarat perjanjian Air ini dahulu, wakil kerajaan Malaysia telah dihalau macam itu sahaja dengan Setiausaha Kerajaan negeri __________. Sebab apa? Bab-bab atau hala yang melibatkan Causeway, empangan, “supply route” dan sebagaianya etc SEMUANYA telah dibuat sebelum Merdeka melalui duit poket Kerajaan Johor dan Kerajaan Singapore.

Jadi…..perjanjian selepas merdeka pun bagi hak ‘ownership veto’ kepada tuan punya asal dalam apa-apa rundingan/perjanjian dan sebenarnya “Kerajaan Malaysia” cuma menjadi “custodian”, dan mereka ada hak utnuk tentukan ayang mereka kehendakkan. Tetapi……mereka telah jadikan isu krisis Perjanjian Air Malaysia Singapura ini sebagai “national burden” @ “Masalah negara” walaupun kerajaan Malaysia sebenarnya  tiada hak dalam apa-apa rundingan/perjanjian yang dibuat sebelum 1957.

Perjanjian Air Malaysia Singapura 1962 VS Perjanjian Sebelum Merdeka Tahun 1927?

Klik untuk paparan yang lebih jelas…melihatkan jalan cerita sejarah disebalik perjanjian air Malaysia Singapore bermula 1927 dan perjanjian seterusnya pada 1961 dan tahun 1962….

Ha…..ada perjanjian sebelum merdeka 1957 selain perjanjian tahun 1962.Ya…ada. Perjanjian terdahulu yang dibuat pada tahun 1927. Kes ini Berita Semasa tafsirkan cukup unik. Di mana kita boleh lihat sendiri, semasa Sir McMichael tandatangan ketika Malaya hendak merdeka dan berjumpa dengan Raja-raja Melayu, ada seorang ketua negeri yang tidak hadir kerana “sakit”. Siapakah Ketua Negeri yang tidak turunkan tandangan perjanjian kemerdekaan 1957? Ehem…..

“Menjadikannya sebuah negara berdaulat ala-ala Monaco DENGAN Perancis? Menarik”

Situasi yang melibatkan Perjanjian Air Malaysia Singapura ada sedikit sebanyak dengan kes “Tambak Johor”
perjanjian air malaysia singapura
  1. Kerajaan Malaysia mahu robohkan Tambak Johor. “Tuan Punya aka Pemilik” benarkan Tambak Johor dirobohkan tetapi dengan syarat, sediakan infrastruktur dahulu, mesti beli tanah “aku”
  2. Apabila Kerajaan Malaysia telah membina infrasturktur, bina ICQ. Akhirnya “Tuan Punya aka Pemilik” cakap “Tambak Johor tidak boleh dirobohkan”
  3. Akhirnya, Kerajaan Malaysia mengalami masalah di situ. “Tuan Punya aka Pemilik” mula bermain wayang kepada umum mengatakan “Sila robohkan Tambak Johor” tetapi disebalik masih enggan untuk turunkan tandatangan
  4. Kerajan Malaysia rugi terpaksa beli tanah-tanah kepunyaannya dan kerajaan Malaysia terus menjadi bahan cacian rakyat Malaysia.
  5. Setelah beratus-ratus tahun sejarah Malaya, Mat Salleh acapkali menjadi bahan permainan mereka. Inikan pula kerajaan Malaysia. Mudah…..
Perjanjian Air Malaysia Singapura juga satu hal, krisis dalaman satu hal. Semasa itu jugalah berlakunya Krisis politik peringkat tertingga Malaysia antra Dr Mahathir Mohamad dengan Musa Hitam & Tengku Razaleigh. Dalam pada masa Singapore terus memberikan masalah & tekanan. Kemudian, kes kem tentera dan duit caruman dan lain-lain lagi.

Cuma apabila keadaan politik Malaysia menjadi lebih stabil gandingan Mahathir dan Anwar menjadi, tetapi pada waktu itu kita dapati sudah terlewat.

Siapa untung siapa rugi??

P/S : Sebenarnya sehingga ke hari, secara tidak rasminya hampir separuh daripada kawasan Singapura ada “Tuan Punya @ pemilik”. Mana mungkin, Putrajaya dibenarkan & diberikan laluan mudah untuk terus memberikan masalah kepada Singapore?

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/

No comments: