Friday, 29 April 2016

Samsung S7 masuk Malaysia

TELEFON pintar Samsung S7 (kanan) kini berada di pasaran negara. Telefon pintar Samsung S7 edge (kiri) telah dilancarkan bulan lalu. FOTO Reuters

KUALA LUMPUR: Telefon pintar yang begitu dinanti-nantikan, Samsung Galaxy S7, akan berada dalam pasaran, hari ini bagi memenuhi permintaan mereka yang gemar mengikuti trend terkini telefon mudah alih.

Telefon itu yang boleh didapati di kedai Samsung Experience dan kedai Maxis terpilih, berharga RM2,699 dan tampil dengan warna hitam onyx, emas platinum dan perak titanium, kata Samsung Malaysia Electronics dalam satu kenyataan.

Naib Presiden Unit Mudah Alih dan Perniagaan IT, Lee Jui Siang berkata, syarikat itu menerima banyak pertanyaan tentang Galaxy S7 susulan pelancaran Galaxy S7 Edge pada bulan lalu.

"Ada yang berhajat untuk membelinya, justeru, kami memutuskan sudah sampai masanya untuk melancarkan Galaxy S7," katanya.

Selain paparan Quad HD Super AMOLED 5.1 inci, Galaxy S7 sarat dengan ciri menarik sama seperti Galaxy S7 Edge dengan paparan 5.5 inci.

Ia juga berkongsi ciri-ciri kaca 3D sepenuhnya dan bingkai logam sama seperti Galaxy S7 Edge. – Bernama/hmetro.com.my/

No comments: