Gambar Sekadar Hiasan
KAROR LAL EHSAN - PAKISTAN. Sekurang-kurangnya 23 orang maut selepas
makan gula-gula yang dipercayai dicampurkan dengan racun perosak, lapor
Mirror.uk.
Polis berkata, berpuluh yang lain turut dilaporkan jatuh sakit selepas
memakan gula-gula di kawasan Karor Lal Esan minggu lepas.
Gula-gula tersebut dipercayai dibeli dari sebuah kedai roti yang
kemudiannya diedarkan kepada rakan-rakan serta ahli keluarga pada majlis
sambutan meraikan seorang bayi lelaki.
10 orang dilaporkan meninggal dunia pada hari yang sama manakala 13 yang lain pada hari berikutnya.
"Angka kematian akibat makan gula-gula tersebut meningkat kepada 23
orang dan 52 orang masih di rawat di hospital," kata pegawai polis
tempatan, Munir Ahmed.
Tambah polis, tiga orang ditahan termasuk dua pemilik kedai dan seorang pekerja susulan kejadian itu.
Sementara itu, Pegawai kanan Rameez Bukhari berkata, sebuah kedai racun
perosak yang terletak berhampiran kedai roti tersebut sedang diubahsuai
dan pemilik dikatakan menyimpan racun perosak di kedai roti berkenaan.
"Pembuat mungkin telah menggunakan paket kecil dalam adunan gula-gula itu," katanya. - sinarharian.com.my/
No comments:
Post a Comment