SHAH ALAM - "Bila satu benda naik sahaja...yang lain pun biasanya
akan ikut naik," demikian pandangan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berhubung laporan kenaikan harga gula yang
naik 11 sen semalam.
Ujarnya
lagi, apa yang membimbangkan adalah barangan yang tiada kaitan dengan gula pun
dijangka turut naik sehinggakan akan dikhuatiri membebankan pengguna.
"Tetapi
pada saya lebih melibatkan etika peniaga yang suka menaikkan harga, sehinggakan
harga ayam yang tidak pakai gula pun naik," katanya kepada Sinar Online.
Mulai
semalam harga gula naik daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram.
Sinar Harian
memetik laporan Oriental Daily, punca kenaikan ini adalah disebabkan
peningkatan harga gula di pasaran antarabangsa, ditambah pula penyusutan nilai
ringgit, sekali gus mendorong kos yang ditanggung kilang pengeluar gula
tempatan turut meningkat.
Difahamkan,
kenaikan ini telah diluluskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Oleh itu
ujarnya, dalam hal ini pengguna perlu bijak memanipulasikan keadaan bagi
memastikan mereka tidak berasa terbeban.
"Sebenarnya
kita perlu ambil satu keadaan baharu itu, kaji dan buat sesuatu yang boleh mengubah.
sumber : sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment