Thursday, 2 March 2017

Perjanjian RM31b Dimeterai

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 013-9116 568 (abgdin)

RAJA Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud (duduk, kiri) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco, Amin H. Nasser bertukar-tukar dokumen perjanjian di Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Perjanjian Pembelian Saham (SPA) bernilai RM31 bilion yang dimeterai antara Saudi Aramco dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di sini hari ini memberi sokongan kukuh serta sinergi kepada Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.
Melalui perjanjian tersebut, Saudi Aramco dan Petronas akan memiliki pegangan seimbang dalam penerokaan serta aset penapisan minyak, loji perekah dan kemudahan petrokimia RAPID di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC).

Syarikat minyak Arab Saudi itu juga akan membekalkan sehingga 70 peratus keperluan mi­nyak mentah bagi loji penapisan minyak RAPID manakala gas asli, tenaga dan kemudahan lain disediakan oleh Petronas.

Majlis menandatangani perjanjian berkenaan disaksikan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco, Amin H. Nasser serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Yang turut hadir, Menteri Tenaga, Industri dan Sumber Galian Arab Saudi merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Saudi Aramco, Khalid Al-Falih serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Dalam sidang akhbar selepas majlis tersebut, Wan Zulkiflee berkata, perkongsian itu memberi manfaat strategik kepada Saudi Aramco dan Petronas khususnya dari segi memperkukuhkan lagi kedudukan, pengalaman operasi serta prestasi kedua-dua syarikat dalam membangunkan projek mega dan rangkaian komersial di pasaran global.

Menurut beliau, komitmen Saudi Aramco untuk membekalkan minyak mentah juga akan menjamin bekalan jangka panjang kepada Petronas memandangkan Arab Saudi merupakan negara pengeksport minyak mentah terbesar di dunia.

“Langkah seterusnya adalah mendapatkan kelulusan daripada agensi-agensi pengawalseliaan serta memuktamadkan perjanjian-perjanjian berkaitan,” katanya.

Dalam pada itu, Khalid memberitahu, Malaysia berpotensi menjadi platform kepada Saudi Aramco untuk mengembangkan operasinya di Asia Tenggara.

“Kami melihat Malaysia sebagai pasaran yang berkembang pesat dan ini terbukti melalui kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang memberangsangkan,” jelasnya.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, perjanjian tersebut membuktikan keyakinan pelabur asing terhadap ekonomi Malaysia sekali gus menunjukkan ekosistem pelaburan negara masih kukuh.

sumber : utusan.com.my

No comments: