Saturday 4 March 2017

Nilai ringgit susut antara punca harga gula naik

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 013-9116 568 (abgdin)

HARGA gula mulai naik sejak semalam iaitu daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram, naik sebanyak 11 sen!

Menurut laporan Oriental Daily, punca kenaikan ini adalah disebabkan peningkatan harga gula di pasaran antarabangsa, ditambah pula penyusutan nilai ringgit, sekali gus mendorong kos yang ditanggung kilang pengeluar gula tempatan turut meningkat.

Difahamkan, kenaikan ini telah diluluskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Memetik laporan akhbar ini, Adun Bahau, Chew Seh Yong mendakwa, beliau telah menerima rungutan daripada orang ramai sejak awal pagi semalam bahawa harga gula telah naik sebanyak 11 sen sekilogram, iaitu daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram.

"Setelah mendapat penjelasan daripada pihak berkaitan, akhirnya memang disahkan pihak kerajaan telah setuju dengan kenaikan 11 sen sekilogram ini. Beberapa peniaga telah  menjual dengan harga terbaru ini, manakala ada pekedai runcit hanya akan naikkan harga selepas pengumuman dibuat kerajaan," kata Seh Yong kepada akhbar ini.

Menurut beliau, tidak kira membuat pengumuman atau tidak, kerajaan sepatutnya tidak meluluskan kenaikan harga gula ini kerana ia akan membebankan lagi kos hidup yang ditanggung oleh rakyat jelata ketika ini.

"Apa yang lebih mengecewakan kita ialah kenapa kerajaan tidak telus dalam mengendalikan harga runcit gula ini. Kerajaan terpaksa meluluskannya secara senyap-senyap tanpa memberitahu kepada orang ramai.

"Apabila berlaku keadaan seperti ini, sudah tentu akan menyebabkan pengguna rasa kurang senang hati malahan akan menyebabkan pasaran berada dalam kedudukan keliru," katanya.

Menurut Seh Yong, gula adalah salah satu barang keperluan penting kepada setiap orang dan setiap kali apabila berlaku kenaikan, ia pasti akan meningkatkan inflasi serta menjejaskan kos sara hidup rakyat.

"Adalah tidak bijak bagi kerajaan membenarkan kenaikan harga gula pada masa ini. Ia seolah-olah menyeksa rakyat yang sudah terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barang sebelum ini," katanya lagi.

sumber : sinarharian.com.my

No comments: