Wednesday 1 March 2017

Kenaikan inflasi berkait rapat dengan lonjakan harga minyak

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 013-9116 568 (abgdin)


28/2/2017– Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani menegaskan bahawa sungguhpun berlaku kenaikan dan penurunan inflasi dalam jangka pendek, Kerajaan Persekutuan tidak bercadang untuk menurunkan kadar semasa cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Ini kerana kata beliau, kenaikan kadar inflasi negara pada Januari lalu berkait rapat dengan kenaikan harga minyak mentah dunia dan kemerosotan nilai ringgit dibandingkan dengan dolar Amerika Syarikat.

“Walaupun inflasi teras (tidak termasuk harga bahan api pada bulan Januari tahun ini dibandingkan pada bulan Januari tahun lalu meningkat kepada 0.2 kepada 2.3 peratus, ianya masih stabil.

“Dengan jangkaan tiada kenaikan harga berskala besar, pihak kerajaan ‘tiada cadangan’ untuk menurunkan kadar GST,” katanya.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kenyataan bahawa kerajaan perlu menurunkan atau membatalkan kadar GST sejajar dengan kenaikan inflasi semasa.

“Jika kerajaan tidak mampu untuk membatalkan GST, sekurang-kurangnya kerajaan perlu menurunkan kadar GST sejajar dengan kenaikan kadar inflasi sebagai langkah mengurangkan beban rakyat.

“Menurunkan kadar GST sejajar dengan kenaikan kadar inflasi tidak akan mengurangkan nilai kutipan GST kepada kerajaan kerana harga barangan yang lebih mahal akan mengimbangi penurunan kadar GST,” kata Tuan Ibrahim.

Beberapa hari yang lalu, RHB Research menjangka inflasi akan meningkat kepada tiga peratus tahun ini daripada 2.1 peratus pada 2016, katanya dalam satu nota penyelidikan.

Jangkaan itu dibuat berdasarkan harga bahan api yang lebih tinggi, penghapusan subsidi ke atas harga barang terpilih, peningkatan kos perniagaan serta penyusutan ringgit yang menyebabkan harga import yang lebih tinggi, katanya.

Bagaimanapun, Johari berkata, banyak barangan keperluan dikecualikan daripada GST, dan pada kadar enam peratus yang merupakan paling rendah di rantau ini.

GST diperkenalkan pada 1 April 2015 dengan kadar enam peratus menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkadar 10 peratus.

sumber : utaranews.com

No comments: