Thursday, 4 September 2014

5 Tips hadapi dilema saat membeli belah

Musim jualan murah bakal berkungjung tiba tidak lama lagi dan tentunya menjadi golongan wanita, mereka ini pastinya insan paling gembira apabila menjelang saat seperti ini.

Lebih-lebih lagi ketika harga barangan yang diinginkan menawarkan diskaun yang hebat, kalau diikutkan hati pasti satu kedai mereka ingin membawanya pulang ke rumah.

Namun, kadang-kala aktiviti jualan rumah membuatkan mereka keliru dengan pilihan yang terlalu banyak dan murah.

Jika tidak ingin kad kredit mahupun wang anda menjadi mangsa jualan murah ini, apa kata kita ikuti beberapa tips yang dipetik dari Vemale.com ini:

1. Pusing keliling dahulu, baru pilih!
Gunakan ruang dan kesempatan yang ada dengan mengelilingi dan melihat-lihat terlebih dahlu sekitar kedai tersebut. Cara ini membolehkan anda menemui apa sebenarnya barang yang kemungkinan besar akan dibeli. Takut-takut selepas membayar, ternampak pula barangan yang lagi cantik dan harganya pun lebih murah.

2. Tetapkan masa
Demi mengelakkan dilema anda berpanjangan, jangan berbelanja terlalu lama. Peruntukan masa selama 45 minit hingga 1 jam sahaja. Sesuaikan dengan kemampuan diri anda. Semakin lama anda di sana, semakin sulit anda membuat pilihan.

3. Fokus pada keperluan
Senaraikan barangan apa yang diperlukan ketika membeli belah pada saat ini. Takut-takut terlepas pandang kepada barangan yang sepatutnya dibeli, tetapi terbeli barang yang tidak penting. Kalau sudah memenuhi apa yang diinginkan, barulah boleh membeli barangan lain yang menggiurkan mata anda.

4. Kualiti
Bijak dalam membandingkan harga dengan kualiti barang yang dijual. Misalnya, jenama beg tangan mewah yang berkualiti menawarkan harga yang seakan sama dengan beg berkualiti rendah, tentunya anda tahu mana satu yang harus dipilih bukan?

5. Utamakan barangan yang boleh dicuba terlebih dahulu
Jika anda membeli pakaian, pastikan anda menyemak dan mencubanya terlebih dahulu kerana dikhuatiri anda kecacatan seperti terkoyak, tiada butang dan sebagainya bakal menghantui anda. Sayang sekali jika baju yang dibeli dengan harga murah terlalu sempit atau terlalu longgar dan akhirnya tidak dipakai dan dibiarkan begitu sahaja.

Oleh itu, jangan lupa sentiasa melakukan tips di atas di kala membeli belah pada jualan murah nanti. Paling utama pastikan membeli mengikut kemampuan dan tidak terlalu membazir.

Selamat membeli-belah!

sumber : https://my.entertainment.yahoo.com/

No comments: