Thomas Kuttruf (Ketua
Media/Perhubungan Awam KTM Sportmotorcycle AG) dan Diego Arioli
(Pengurus Produk KTM Sportmotorcycle AG) - Foto Sinar Harian Oleh
NURHAZAH IBRAHIM
MODENA - ITALI. KTM melancarkan model baharu RC200 dan RC390 secara global hari ini dan barisan model tersebut bakal dipasarkan ke Malaysia penghujung September ini.
Model sekian lama dinantikan itu, adalah hasil daripada DNA KTM Moto3.
Menurut Pengurus Besar KTM CKD Malaysia, Muhamad Zamry Abu Samah, kehadiran model supersport itu disasarkan kepada penunggang muda yang menginginkan sentuhan perlumbaan.
"Anggaran harga bagi RC200 tidak lebih RM18,000 manakala RC390 adalah sekitar RM28,000.
"Harganya yang cukup relevan sangat dinanti penggemar motosikal motorsport tambahan cirinya sebagai jentera yang ringan dan tumpuan diberikan pada prestasi suspensi, tork dan brek untuk tunggangan seperti pelumba di jalan biasa," katanya selepas majlis pelancaran dan tunggang uji di sini.
Jelasnya, kehadiran model RC ini akan melonjakkan lagi jualan KTM CKD di Malaysia.
"Tempahan juga kini dibuka di pusat jualan sah KTM seluruh Malaysia," ujarnya.
Model RC berkenaan didatangkan dengan lampu LED nyalaan siang hari di hadapan yang memberi imej garang pada jentera dan juga kerusi belakang baharu.
RC200 didatangkan dengan enjin satu silinder bersesaran 200cc yang mampu memberikan kuasa 26hp pada 10,000rpm dan tork setinggi 19.5Nm pada 8000rpm.
Sementara RC390 dilengkapi enjin 375cc dengan kuasa 44hp pada 9500rpm dan tork 35Nm pada 7250rpm. Kedua-dua model dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan.
Perbezaan visual yang dapat dilihat RC390 didatangkan dengan fairing berwarna putih manakala RC200 adalah hitam.
Bagi pasaran Malaysia hanya RC390 sahaja dilengkapi dengan ciri ABS.
sumber : http://www.sinarharian.com.my/
No comments:
Post a Comment