Monday 1 September 2014

Proton lancar imej 'teaser' PCC di laman mikro

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Syarikat kereta nasional, Proton Holdings Bhd. (Proton) hari ini melancarkan imej 'teaser' bagi model terbaharunya dengan nama gelaran PCC di laman mikro baharu mereka, betulbetulonz.com.my.

Laman mikro berkenaan memaparkan imej reka bentuk lampu hadapan dan unit skrin sesentuh selain beberapa lagi imej menunjukkan ruang dalam kenderaan itu yang dilengkapi beg udara pada bahagian hadapan dan sisinya.

Sebelum ini, Proton telah memaparkan imej lampu hadapan PCC di dalam iklan Hari Raya Proton 2014. Sementara itu, laman blog Paultan.org turut memaparkan imej penuh Proton PCC berwarna hijau. Baru-baru ini, Proton mendedahkan PCC dikuasakan dengan enjin baharu VVT 1.3 liter dan 1.6 liter dengan transmisi manual serta automatik.

Enjin PCC juga menampilkan blok baharu, piston serta injap, dan merupakan model pertama bagi siri enjin baharu yang akan menggantikan enjin Campro sebelum ini. PCC ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium dan setakat ini merupakan kenderaan yang menarik berbanding pesaingnya dalam segmen B.

Orang ramai boleh mula mendaftar di laman mikro berkenaan bagi menyertai sesi pandu uji Proton PCC yang akan diumumkan tidak lama lagi.

sumber : http://utusan.com.my/

No comments: