Tuesday 2 September 2014

iWatch & iPhone 6 bakal dilancarkan 9 September!

Beberapa hari yang lalu, Apple secara rasminya telah pun mula menghantar jemputan kepada media antarabangsa bagi acara bersempena pelancaran khas produk terbaru mereka yang bakal dilangsungkan pada 9 September minggu hadapan.

Khabar angin mula bertiup kencang dan Apple dikatakan bakal membuat pelancaran serentak bagi iPhone 6 dan iWatch!

Menurut laporan GMA Network, iPhone 6 generasi baru yang dilancarkan kelak khabarnya bakal hadir dengan skrin yang bersaiz lebih besar iaitu pada saiz 4.7 inci dan juga 5.5 inci yang dilengkapi dengan sistem operasi iOS 8.

Sementara itu, iWatch juga dilaporkan bakal dilancarkan serentak pada hari terbabit yang mana jam tangan pintar ini mempunyai skrin paparan melengkung OLED yang mampu mengukur tahap kandungan gula glukosa di dalam darah.

Selain itu, ianya turut dilengkapi dengan kemampuan mengesan data pembakaran kalori, waktu tidur dan juga tahap oksigen di dalam darah.

Jam pintar berteknologi hebat ini juga dikatakan boleh mengesan jap jari dengan menggunakan fungsi Touch ID iPhone yang terdapat pada gajet tersebut.

Terdahulu, Apple telah pun melancarkan iPhone 5S dan iPhone 5C pada September tahun lalu dan turut mencatat rekod jualan pada hari pelancaran telefon pintar tersebut.

sumber : https://my.entertainment.yahoo.com/

No comments: