Sebenarnya ia bukanlah satu perkara mudah untuk membeli gincu yang
bersesuaian dengan bibir anda. Bibir kering, warna tidak sesuai dengan
tona kulit dan sebagainya – itu adalah masalah yang sering dialami oleh
wanita.
Anda digalakkan untuk mencuba gincu berulang kali sebelum menemui yang terbaik untuk anda.
Dipetik daripada Allure, ikuti lima tips mudah berikut sebelum membeli gincu:
Amalkan pelupasan bibir sebelum keluar rumah
Jika anda tidak mempunyai skrub untuk bibir, jangan bimbang kerana anda boleh lakukan pelupasan dengan cara yang mudah. Anda hanya perlu campurkan gula dengan Vaseline, kemudian urut pada bibir dengan lembut agar kulit-kulit kering akan mengelupas keluar.
Bersihkan gincu
Bukan anda seorang saja yang mencuba gincu tersebut, mungkin terdapat beratus wanita lain telah mencubanya sebelum anda. Anda boleh meminta jurujual memasukkan gincu tersebut ke dalam alkohol, kemudian lapkan permukaan atas gincu tersebut dengan tisu. Cuba gincu tersebut menggunakan aplikator baru. Jika anda masih tidak menggemari cara tersebut, anda boleh mencuba gincu tersebut pada hujung jari anda dan bukannya pada tangan kerana ia hampir sama dengan warna semulajadi bibir anda.
Guna penanggal solekan sendiri
Kebanyakan penanggal solekan di kaunter kecantikan agak kasar dan boleh mengakibatkan bibir anda kering, lebih-lebih jika anda mencuba pelbagai jenis warna berbeza. Anda digalakkan membawa penanggal solekan anda sendiri yang lembut pada kulit dan bibir anda.
Lapkan lebihan warna dengan tisu
Gunakan kapas yang telah direndam dalam penanggal solekan dan tekapkan pada bibir anda selama 15 saat untuk menanggalkan gincu tersebut sebelum lapkan ia perlahan-lahan.
Samarkan warna dengan bedak asas
Jika masih terdapat lebihan warna pada bibir anda, 'neutralkan' ia dengan meletakkan bedak asas pada bibir anda. Apa yang penting, jangan letakkan terlalu banyak kerana ia mungkin memberi kesan kepada warna gincu tersebut.
sumber : https://my.entertainment.yahoo.com/
By Hana Ahmad | Tupai

No comments:
Post a Comment