SEREMBAN - Pengarah Urusan dan Presiden Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd
Razak menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM987,129 kepada Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku
Munawir di Istana Hinggap di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dan Pengurus Besar Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS), Norazmi Musa.
Bercakap kepada pemberita, Mohamad yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) berkata, PZNS mensasarkan kutipan zakat sebanyak RM80 juta tahun ini.
Katanya sejak awal Januari hingga semalam, PZNS berjaya mengutip sebanyak RM24 juta dan yakin sasaran kutipan yang ditetapkan itu akan dapat dicapai.
"Jumlah kutipan ini disumbangkan oleh pelbagai faktor termasuk skim pembayaran zakat melalui potongan gaji berjadual dalam kalangan kakitangan kerajaan selain kemajuan ekonomi negeri dan negara kerana pembayaran zakat turut membabitkan kalangan ahli perniagaan serta syarikat," katanya. - Bernama
sumber dari: http://www.sinarharian.com.my/

No comments:
Post a Comment