Thursday 31 October 2013

Harga Kereta Malaysia Kedua Termahal Dunia


Kerajaan dalam manifesto PRU13 ada berjanji untuk menurunkan harga kereta 20%-30% (DI SINI). Sekadar mengingatkan….

Keratan di atas adalah laporan berita daripada salah sebuah portal kereta yang berpengaruh, Jalopnik namanya yang telah meletakkan nama Malaysia popular di seluruh dunia sebagai negara yang menawarkan harga kereta yang kedua paling mahal di dunia kepada rakyatnya. Hakikatnya….

Hakikatnya……rakyat Malaysia seperti anda, anda di sini sebenarnya terpaksa membayar 2 kali ganda harga berbanding model yang sama di Amerika sehingga menyumbang ke arah peningkatan mendadak hutang isi rumah rakyat Malaysia.

Top Gear Malaysia
Walaubagaimanapun, semakan Berita Semasa terhadap laporan New Straits Times mellaui editor Top Gear Malaysia, Hazeri Samsuri mengatakan :
  1. Rakyat Malaysia cepat sangat meletakkan kesalahan bulat-bulat kepada kerajaan dan kritik kerajaan semata apabila melihatkan situasi harga kereta Malaysia di Malaysia ketika ini sehingga mengabaikan aspek & faktor kritikal iaitu dengan menyiasat penjual kereta itu sendiri
  2. Harga kereta tetap mahal walaupun tidak dikenakan cukai (kereta-kereta hybrid yang diimport 0%) tetapi harga masih tetap membebankan. Contoh: Serena S Hybrid jual di Malaysia RM149,000. Manakala di Siam hanya RM98,000 sahaja (Adakah perbezaan harga yang cukup besar ini angkara Tan Choong Motor?)
  3. Syarikat kereta tempatan telah mengambil kesempatan daripada persepsi rakyat di mana kononnya harga kereta mahal di Malaysia disebabkan cukai yang tinggi & dasar melindungi Proton dengan meletakkan harga yang tinggi ke atas kereta yang mereka pasarkan
  4. Akhir sekali, beliau mendakwa orang Asia acapkali suka menuduh kerajaan, sebaliknya lebih sayangkan pengeluar kereta yang berkuasa menentukan harga kereta.
Ada yang Berita Semasa agak bersetuju dengan pendapat Top Gear Malaysia dan ada juga kurang bersetuju dengan pendapatnya. Contohnya paling mudah :
  • Bagaimana model kereta Kia/Ford boleh jual lebh murah walaupun spesifikasi & ciri-cirinya lebih tinggi berbanding UMW Toyota? Hakikatnya UMW Toyota milik siapa? UMW Toyota adalah milik PNB. Apa yang boleh anda harapkan?
  • Berita Semasa tidak nafikan ada syarikat kereta yang mengambil kesempatan dengan meletakkan pada harga yang menekan pembeli, Tetapi mengambil contoh Serena S Hybrid agak tidak tepat. Kereta Hybrid kalau tidak dikenakan cukai sekalipun memang mahal. Hybrid Jazz yang tidak dikenakan cukai pun lebih mahal berbanding “Non Hybrid Jazz”.
  • Suka atau tidak hakikatnya harga kereta di Malaysia sangat membebankan dan tidak sepatutnya berlaku. Di Qatar contohnya, kereta-kereta Proton baru dijual sekitar RM20,000 – RM35,000sahaja. Toyota Camry baru dijual pada harga sekitar RM70,000 sahaja. VW Passat ataupun Jetta juga harga lebih kurang dengan harga kereta Toyota Camry. Malah model-model ini hanya dijadikan teksi di sana. Kebanyakan harga kereta di sana 50% lebih murah berbanding Malaysia. Harley Davidson 3 kali ganda lebih murah berbanding yang dijual di Malaysia. Sportster XL1200CB 2013 di Qatar sekitar RM46,000 sahaja. Tetapi di Malaysia?  Harga yang Berita Semasa dijual sekitar RM130,000!!! Hebat…….
Sebenarnya kita perlu semak kategori kereta-kereta mewah di Malaysia.
  1. Jikalau Toyota Camry di Malaysia masih dianggap ramai kereta mewah, maka apa yang Berita Semasa katakan sememangnya harga kereta di Malaysia memang mahal.
  2. Ini kerana jikalau di negara lain, ia hanyalah dianggap sedan biasa-biasa sahaja. 
Persoalan Harga Kereta Malaysia Mahal?
Ada beberapa persoalan yang boleh dijawab mengenai isu kali ini, antaranya :
1) Kenapa kereta Honda, Toyota dan Nissan dijual mahal?
  • Sebab kerajaan kenakan cukai tinggi (cukai eksais, cukai import, cukai jualan)
2) Tetapi kenapa Ford dan Kia dapat jual murah walaupun dikenakan cukai yang sama dengan spesifikasi yang lebih lengkap dan enjin yang lebih baik?
  • Pengimport-pengimport Honda, Toyota dan Nissan ( Tan Chong, UMW ) menggunakan “brand trust” untuk menaikkan lagi harga mereka.
  • Mereka memberi alasan kenaikan harga disebabkan tax yang tinggi.
3) Jikalau cukai dimansuhkan, adakah harga kereta akan jadi lebih rendah?
  • Ya, dan Honda, Toyota dan Nissan tiada lagi alasan untuk menjual dengan harga tinggi.
  • Jika ini berlaku, harga Proton dan Perodua juga perlu dijual lebih rendah atau par dengan harga kereta lain dengan spesifikasi lengkap.
  • Jadi mereka yang mahir mengenai kereta, mereka akan memilih kereta yang mempunyai spesifikasi yang tinggi dan enjin lebih advance.
  • Tetapi “brand trust” ini juga akan mempengaruhi pembeli, seperti Inspira dan Lancer ( walaupun spesifikasi sama tetapi masih ramai yang memilih Mitsu)
Apa pendapat anda pula mengenai isu harga kereta dan cukai kereta di Malaysia ketika ini?

No comments: