MALAYSIA menduduki tempat 10 teratas sebagai lokasi
pelancongan paling ingin dilawati bagi 2014, iaitu satu-satunya negara
Asia yang mendapat tempat dalam senarai dikeluarkan penerbit panduan
pengembaraan popular, Lonely Planet.
Brazil, benua Antartika dan Scotland menguasai tiga tempat teratas dalam senarai itu yang ditentukan pakar Lonely Planet dan penulis luar berdasarkan beberapa faktor.
Menurut Lonely Planet, Malaysia memperkenal banyak tarikan pelancongan baru seperti Taman Burung Melaka, Taman Tema Legoland dan Hello Kitty Land di Johor serta Gaya Island Resort di Pulau Gaya, Sabah.
Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia Chong Yoke Har berkata, laporan itu tepat pada waktunya kerana negara bersiap sedia untuk Tahun Melawat Malaysia 2014 yang dijangka menarik 28 juta pelancong dan pendapatan RM76 bilion.

No comments:
Post a Comment