Berdasarkan semakan Berita Semasa
melihatkan pembentangan Bajet 2014 Malaysia kali ini, kerajaan terus
melaksanakan bajet defisit untuk tempoh 16 tahun berturut-turut sejak
dari tahun 1998.
Dan penganalisis dan pakar ekonomi
menjangkakan yang mana bajet defisit akan terus digunakan menjelang
pembentangan Bajet 2015 kelak. Malahan….
Malahan ada yang menjangkakan kerajaan akan memohon Bajet Tambahan di parlimen suku kedua tahun 2014. (SEPERTI DI SINI)
Walaubagaimanapun, Berita Semasa nampak
sudah mula kerajaan sedar dan kelihatan ada sedikit iltizam bagi
memperbaiki stuktur kewangan dan dana negara. Apapapun kami sebagai
rakyat akan menyokong apa sahaja usaha yang membawa kebaikan kepada
kami. Tetapi…..yang kelihatan ada kesilapan, tegur tetap ditegur untuk
kebaikan semua…
Pembentangan Bajet 2014 : Reformasi Ekonomi Malaysia
- Jumlah Bajet 2014 : RM264.2 bilion
- Perbelanjaan operasi: RM217.7 bilion
- Perbelanjaan pembangunan: RM46.5 bilion
- Perbelanjaan mengurus: RM63.6 bilion bagi Emolumen dan 36.6 bilion bagi Perkhidmatan dan Bekalan.
Dengan jumlah perbelanjaan bagi Bajet
2014 kali ini, kerajaan telah menetapkan sasaran untuk Malaysia pada
masa akan datang seperti :
- Defisit fiskal Malaysia diharapkan akan terus berkurangan kepada 3.5 peratus daripada KDNK bagi tahun 2014, berbanding 4 peratus pada tahun 2013.
- Berbanding pendapatan kerajaan Malaysia sekitar RM220.1 bilion pada tahun 2013, kerajaan Malaysia menjangka akan dapat meraih pendapatan sejumlah RM224.1 bilion (tambahan 4 bilion lagi) pada tahun hadapan
- Ekonomi domestik diunjur berkembang lebih kukuh antara 5 peratus dan 5.5 peratus.
- Kadar pengangguran dianggarkan pada 3.1 peratus
- Eksport barangan diunjur berkembang 2.5 peratus berdasarkan permintaan luar yang semakin meningkat manakala bagi bekalan, sektor permintaan dijangka berkembang 9.6 peratus.
- Kadar inflasi kekal rendah antara 2 peratus dan 3 peratus.
- Pendapatan per kapita pada 2014 dijangka mencecah RM34,126 berbanding RM24,879 pada 2009 – peningkatan 37 peratus dalam tempoh enam tahun.
Bagaimana? Adakah anda sebagai rakyat Malaysia merasai kemeriahan perkembangan ekonomi negara melihatkan angka-angka di atas?
KLIK : Untuk Paparan yang lebih jelas
Bajet 2014 Kerajaan : Nasihat Rakyat Malaysia Kepada Kerajaan?
Berita Semasa berharap kepada pihak
kerajaan usahlah membazirkan wang negara & rakyat begitu sahaja ini
kerana setiap hasil yang diperolehi negara bukannya mudah. Ketika ini,
pihak kerajaan sudah pun memegang tampuk kuasa untuk tempoh sekitar 5
tahun daripada sekarang. Laksanakan tanggungjawab dan amanah yang kami
berikan dengan sebaiknya….
Janganlah menganggap apa yang diusahakan
samada dasar dasar mahupun perancangan kerajaan acapkali disukai oleh
segenap pelusuk dan majoriti rakyat Malaysia.
“Pastinya akan ada yang suka, dan ada juga yang membantah”
Walaubagaimanapun, ini boleh
diselesaikan dengan menyakinkan semua rakyat anda yang mana anda sebagai
kerajaan tidak hanya bercakap kosong sahaja dan bukan hanya
bersandarkan slogan semata tetapi mampu melaksanakan dasar yang
benar-benar prihatin dan dekat dengan denyut nadi harapan seluruh rakyat
Malaysia.
Insyaallah jika ia benar-benar mampu
dilaksanakan, Berita Semasa fikir pembangkang, Pakatan Rakyat ataupun
kelompok rakyat Malaysia yang sering mempertikaikan dasar kerajaan atas
nama mereka belum merasai kenikmatan yang setimpal selama mana mereka
tinggal di Bumi Malaysia tidak mampu menganggu gugat mahupun merampas
tampuk kekuasaan anda. Ya…..
Tetapi, tetapi….. jika rakyat masih kurang berpuas hati, kerajaan perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan pada masa akan datang…
Dunia bergerak cukup pantas hari ini,
begitu juga pemerintahan di mana-mana negara sekalipun tidak semudah
10-20 tahun dahulu. Tiada erti kata jalan mudah untuk mentadbir sesebuah
negara. Jikalau sesebuah kerajaan mampu mentadbir dengan baik, tidak
perlu dipujuk mahupun “digula-gulakan” rakyat Malaysia sekalipun, rakyat Malaysia tetap menyokong aspirasi anda.
P/S : Apa pendapat anda pula & saranan melihatkan pembentangan Bajet 2014 kali ini?
No comments:
Post a Comment