Thursday 17 September 2015

Kerajaan Arab Saudi bayar pampasan kepada Waris tragedi runtuhan kren RM1.1 juta


RAJA SALMAN (tengah) melawat seorang mangsa kren tumbang di salah sebuah hospital di Mekah baru-baru ini.

MEKAH – Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud menitahkan pemberian wang pampasan seba­nyak 1 juta riyal (RM1.1 juta) kepada keluarga setiap mang­sa yang maut dalam tragedi runtuhan kren di Masjidilharam pada Jumaat lalu. 

Menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA) semalam, selain pampasan kepada mangsa terkorban, wang pampasan itu akan turut diberikan kepada jemaah yang cedera dan mengalami kecacatan kekal akibat tragedi berdarah itu.

Katanya, sebanyak 500,000 riyal (RM550,000) pula akan diberikan kepada mangsa yang mengalami kecederaan ringan. 

Dalam tragedi menyayat hati itu, dilaporkan seramai 107 jemaah haji dari pelbagai negara terbunuh, manakala hampir 400 orang lagi cedera.

Dengan jumlah tersebut, ini bermakna Arab Saudi dijangka perlu membayar wang pampasan hampir 307 juta riyal (RM307 juta) kepada semua mangsa. 

sumber : kosmo.com.my/

No comments: