Saturday 19 September 2015

Himpunan Silat Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Merdeka 2015 di Dataran Merdeka di sini.


PERDANA Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menyampaikan ucapan di majlis Perhimpunan Silat PESAKA Malaysia. FOTO Mohd Shahril Badri

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam ini mengisytiharkan silat sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara. 

Sehubungan itu, beliau mahu seni silat terus dikembangkan ke seluruh pelusuk negara tanpa sekatan.
"Kita angkat darjat dan martabat sebagai seni mempertahankan diri negara.

"Masuklah ke pejabat kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, institut pengajian tinggi dan di mana-mana dari Arau (Perlis) hingga Tawau (Sabah)," kata beliau semasa berucap merasmikan Himpunan Silat Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Merdeka 2015 di Dataran Merdeka di sini.

Turut hadir Presiden PESAKA Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Sumber : hmetro.com.my

No comments: