Wednesday 16 September 2015

9 Gambar Perhimpunan Baju Merah 16 September 2015



Tinjauan Merdeka Center menunjukkan 53% tidak sokong Perhimpunan Baju merah 16 September 2015 yang berlangsung hari ini. Bagaimana pula dengan anda?

Macam-macam objektif yang mahu dibawa dan diperjuangkan dalam perhimpunan baju merah termasuklah :

·         mempertahankan maruah bangsa Melayu
·         mempertahankan perlembagaan Malaysia
·         mempertahankan kedudukan kerajaan Malaysia yang ada sekarang

Berdasarkan undian Berita Semasa yang telah dijalankan sebelum ini, hanya 29.1% yang berminat dengan Perhimpunan Baju merah yang berjalan hari ini sempena Hari Malaysia.

Itu yang tersuratnya. Dipermudahkan cerita berdasarkan pemerhatian Berita Semasa secara tersiratnya ia adalah perhimpunan untuk menyatakan sokongan padu kepada Najib Razak yang terus terpalit dengan pelbagai dakwaan dan skandal di luar sana dan kerajaan Malaysia.

Nampaknya perkiraaan Polis Diraja Malaysia ada asasnya yang mengatakan kira-kira 2000 bas akan masuk ke dalam bandar Kuala Lumpur hari ini. Dan kelihatan apa yang berlaku hari ini ada asasnya apabila satu demi satu bas yang membawa peserta Perhimpunan Baju Merah 16 September dibawa masuk. Buktinya pada gambar-gambar yang Berita Semasa kongsikan di bawah ini gambar perhimpunan Baju Merah 16 September.

Kelihatan ada gambar PLKN digunakan dalam himpunan kali ini. Ermm…
P/S : Diharapkan ada yang datang Perhimpunan Baju Merah 16 September ini atas kehendak sendiri bukan hanya bersandarkan duit saku, nasi bungkus dan perjalanan ke bandar Kuala Lumpur.

PP/S : Yang Dipertuan Agong, Melayu, kita ada Raja-raja Melayu, Perdana Menteri Melayu, Ketua Polis Negara Melayu, Peguam Negara Melayu, Malaysia ada macammavam mufti, Ketua Hakim Melayu, Penjawat awam rata-rata majoriti melayu, Ahli parlimen majoriti melayu tetapi sehingga ke hari ini bangsa Melayu masih lagi hidup dalam ketakutan dan tercabar sana dan sini? Errmmmm..

Lagi Gambar Perhimpunan Baju Merah 2015 Hari Ini

Gambar Perhimpunan Baju merah seperti di bawah ini, ada orang kampung, mak cik-mak cik dan kenalan anda yang sertai Himpunan hari ini?

 
 

 

 


No comments: