Tuesday 15 September 2015

GLIC labur semula keuntungan di Malaysia


Najib mengumumkan tindakan kerajaan dalam merangsang ekonomi negara pada sidang akhbar khas Langkah-langkah Proaktif Ekonomi di Putrajaya semalam.

Oleh TURMADZI MADUN, SUHANA MD. YUSOP, MOHD. AZLI ADLAN dan NOR SYARIZA MUHD. TAHIR

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membawa pulang keuntungan daripada pelaburan mereka berjumlah RM522 bilion di luar negara dengan me­labur semula di Malaysia.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, sejak negara pulih daripada krisis kewangan Asia pada tahun 1997 dan 1998 banyak GLC dan swasta telah berjaya mengembangkan perniagaan serta mempertingkatkan pelaburan mereka ke luar negara sehingga jumlahnya kini lebih besar daripada pelaburan langsung asing di Malaysia.

“Setakat Jun lalu, Malaysia merupakan pengeksport bersih modal dengan pelaburan langsung di luar negara adalah berjumlah RM522 bilion, berbanding pelaburan langsung asing berjumlah RM477 bilion.

“Kebanyakan syarikat tersebut telah memperoleh keuntungan daripada pelaburan yang dibuat dan inilah masa untuk mereka membawanya pulang ke dalam negara,” katanya pada sidang akhbar khas Langkah-langkah Proaktif Ekonomi di sini semalam. 

Sumber : kosmo.com.my/

No comments: