Monday 14 September 2015

Bajet 2016 Bonus Penjawat Awam : Tuntutan 3 Bulan Bonus Daripada Cuepacs


Bukan setengah bukan, bukan satu bulan, bukan dua bulan tetapi 3 bulan bonus penjawat awam menjelang pembentangan Bajet 2016. Cuepacs Malaysia berharap sangat agar Perdana menteri dan kerajaan Malaysia mempertimbangkan tuntutan terbaru mereka ini.

Apatah lagi tuntutan terkini mereka ada sebabnya termasuklah :
  • kos sara hidup yang semakin tinggi
  • Semak 252 skim gaji kakitangan kerajaan
  • Semakan elaun penjawat awam

Bonus Bajet 2016 Penjawat Awam : Kerajaan Boleh Bayar Secara Berperingkat!

Walaubagaimanapun, Cuepacs Malaysia turut memberikan pilihan dan cadangan tambahan kepada kerajaan dalam pada mempertimbangkan tuntutan mereka, supaya pembayaran bonus Bajet 2016 penjawat awam kali ini kelak boleh dibayarkan secara berperingkat-peringkat jikalau kerajaan tidak mampu bayar sekaligus apabila melihatkan kewangan kerajaan Malaysia semakin sempit dan juga perkembangan ekonomi Malaysia hari ini.

Mungkin juga Cuepacs boleh tambahkan cadangan selepas ini, selain daripada tuntutan Bonus Bajet 2016 semata agar bagaimana cara dan mekanismanya mengurangkan perbelanjaan jabatan dan kementerian termasuklah Jabatan Perdana Menteri yang telah menelan belanja Bajet Malaysia yang cukup besar setiap tahun.

sumber : beritasemasa.com.my

No comments: