Saturday, 19 September 2015

Amaran Peserta Baju Merah Dalam Video Malaysiakini Tajuk “Kata Baju merah, Babi Tetap Babi”. Datuk Jamal Kata Tiada Salah?

Di bawah ini video Perhimpunan Baju Merah yang telah viral dan mencetuskan satu perbincangan hangat dikalangan rakyat Malaysia. Sudah tonton video di atas? Ok baik.

Apabila kenyataan Ashikin Yunus berumur 53, dari Johor dan juga penyokong Baju Merah menjadi viral, Ketua Umno bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos tampil meredakan keadaan apabila mengatakan gelaran dan apa yang diucapkan mereka adalah perkara biasa dan tiada salahnya.


OK, pasti ada yang bertanya termasuk yang bersetuju dengan pandangan Jamal:
  • Apa salah gelar Melayu lembu?
  • Melayu belacan?
  • India biawak?
  • Jawa tempe?
  • PRC anjing?
  • Jepun sushi?
  • Indonesia bebek?
  • Thailand tomyam goong? Singapore Murtabak?
  • Philipine nenas?
  • Vietnam ulat?
  • USA Mcdonald?
  • UK Teh panas?
Jawapannya : Kesalahan dia adalah terletak pada perkataan hina, walaupun color sekali pun contohnya “mak kau ungu!!!” Kesalahan dia sebab menghina. Sekian.

Bagaimana pula dengan kaum Cina yang muslim? Itu sebabnya apabila berkata-kata mestilah menggunakan akal bukannya mengikut perasaan. itulah yang membezakan kita dengan binatang. Gunakan akal anugerah Tuhan dengan sebaiknya.

Adakah mereka-mereka ini tiada rakan-rakan Cina. India, Benggali? Tidak biasa hidup bermasyarakat dengan pelbagai bangsa? Takut dengan bayang-bayang sendiri? Bagaimana orang lain boleh hidup aman-aman sahaja dengan pelbagai bangsa?

Mungkin Berita Semasa boleh berkongsi sedikit tips untuk UMNO menarik kembali sokongan sepertimana yang pernah mereka raih di era kegemilangan pimpinan UMNO terdahulu termasuk Tun Razak dan Tun Mahathir. UMNO jikalau mahu dihormati harus melahirkan lebih ramai pemimpin UMNO yang berkredibiliti dan lebih bijak.

Hormati Orang Jikalau Mahu Kita Dihormati

  • Kalau tidak mahu dihina, janganlah menghina.
  • Kalau mahu dihormati, maka menghormatilah
  • Orang yang tahu hormat diri pasti tahu menghormati orang lain
  • NAMUN bagi orang yang tidak tahu menghormati orang lain, dia juga tidak tahu menghormati diri
  • Dia akan selalu membuat perbuatan bodoh yang memalukan diri, tetapi dia tidak akan sedar dia telah memalukan diri sebab keegoaan yang teramat sangat akan meletakkan seseorang itu tak tahu apakah itu ertikata malu.
  • Dia tetap akan mempertahankan diri, kononnya mempertahankan maruah diri.
  • NAMUN bagi orang yang tidak tahu menghormati orang lain, dia juga tidak tahu menghormati diri.
    Renung-renungkanlah untuk muhasabah diri kita bersama
Sebenarnya Allah sendiri pun tidak suka manusia menghina sesama manusia kerana itu boleh mencetuskan pergaduhan dan membangkitkan api permusuhan. Orang gemuk tentu marah jika dia diejek si gemuk, orang cacat (gagap, cemer, sumbing, herot) juga marah kalau dia diejek dgn kekurangan fizikalnya, apa lagilah jika manusia diejek setaraf haiwan.

sumber : beritasemasa.com.my

No comments: