Thursday 31 July 2014

Industri e-dagang makin pesat

girls makin out, avant, makin good love, avant separated, makin love faces, makin out, gucci mane, dondria makin love, makin moves, makin love, makin bacon pancakes, girls making out, tyrese, lil wayne, trey songz, miranda lambert, makin whoopee, chris brown, tyrese sweet lady, makin you moan, lesbians makin out, makin beats, usher, fabolous makin love, makin it, makin plans, baby makin music, making out, drake, nicki minaj, pretty ricky, makin money, jagged edge, makin love fabolous, money makin, makin the band, avant 4 minutes, joe, beyonce, makin glitches, r kelly, dru hill, lesbians, mariah carey, girls kissing, wiz khalifa, kiss makin love, tyrese stay, plies, ginuwine, keith sweat, makin bacon, makin paper, lil boosie, eminem, makin copies, 112 anywhere, cod 5 glitches, soulja boy, lesbians making out, pomplamoose makin out, kellie pickler, makin a beat, makin, makin it rain, rick ross, tyrese lately, sims makin magic, bad company, keyshia cole, makin babies cry, young jeezy, makin love usher, makin it clap, ginuwine differences, pleasure p, girls, im makin pancakes, industri del amor, usher makin love, day 26, makin love dondria, toni braxton, 2 chainz, stanky leg, thousand miles, alicia keys unthinkable, webbie, carl thomas emotional, makin money mims, ashanti foolish, mac miller, sweet lady tyrese, 112 cupid, aaliyah, bring it back, ashanti,
Ottevanger menjangkakan industri e-dagang berkembang pesat pada masa depan.

SYARIKAT peneraju global perkhidmatan pembayaran dalam talian, Paypal, mengunjurkan pertumbuhan pesat dalam industri e-dagang Asia Tenggara terutama Malaysia pada masa depan.

Pengurus Paypal Malaysia dan Thailand, Audrey Ottevanger berkata, perkembangan itu didorong dengan usaha berterusan syarikat dalam mendidik pembeli membeli-belah lebih selamat secara atas talian.

“Ketika ini, lebih 1.5 juta pengguna aktif dari seluruh dunia menggunakan perkhidmatan PayPal dan jumlah ini dijangka meningkat dengan langkah-langkah untuk keselamatan pembeli dan peniaga yang kami jalankan.

“Kami mendidik pelanggan menerusi perkongsian tip yang diberikan di laman web PayPal tentang isu keselamatan seperti tidak dapat barang yang dibeli atau menerima produk rosak,” katanya.

Ottevanger berkata, syarikat itu juga bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dan SME Corporation Malaysia untuk membantu sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkembang menerusi jualan dalam talian, melepasi sempadan luar negara.

Menurutnya, trend jualan beli menerusi online itu kian mendapat sambutan daripada peniaga serta pembeli, kebelakangan ini.

“Jika dilihat di Malaysia, kebanyakan pembeli kita suka membeli barangan daripada Amerika Syarikat dan United Kingdom, tetapi kini trend pembelian itu semakin berubah.

“Pembeli dari Malaysia sudah mula membeli barangan dari Singapura dan Thailand menerusi platform e-dagang mungkin disebabkan banyak pilihan gerai yang boleh dilihat dalam online. Segmen fesyen, pelancongan dan permainan antara produk mendapat pilihan paling tinggi bagi pembeli di Malaysia,” katanya.

Syarikat itu juga kini dalam perancangan menembusi pasaran Afrika dan beberapa negara lain pada masa akan datang.

“Setakat ini, platform PayPal ini diterima di 203 pasaran termasuk Malaysia, Nigeria, Algeria, Balaroth dan Macedonia.

“Sasaran kami adalah untuk menyediakan kemudahan terbaik kepada pelanggan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan menggunakan PayPal,” katanya.

Antara langkah keselamatan dilakukan PayPal termasuklah tidak berkongsi butiran kewangan pengguna bersama peniaga mahupun pihak ketiga serta mengehadkan jejak digital pengguna.

Pada masa ini, PayPal menjadi pilihan kaedah pembayaran dalam talian paling tinggi dan memproses 9 juta transaksi.


sumber dari : http://www.sinarharian.com.my/
oleh : NURULFATIHA MUAH

No comments: