PARUT sepanjang tujuh
inci di sebelah kiri badannya menjadi bukti dia pernah melalui detik
mengerikan dalam usaha menyelamatkan keluarganya daripada masalah
hutang.
Chhay, 18, mengambil tindakan paling besar dalam hidupnya apabila
terpaksa menjual buah pinggangnya pada harga AS$3,000 (RM9,859).
Selepas bersetuju untuk melakukan pembedahan itu, dia dibawa dari
bilik usang di sebuah rumah di pinggir ibu kota Phnom Penh, Kemboja ke
bilik bedah di sebuah hospital di Thailand.
Proses pembedahan yang dilakukan secara haram itu tidak dapat dihidu
oleh pihak berkuasa dan ia menjadi titik tolak permulaan kes perdagangan
organ di negara itu.
Bagaimanapun, penangkapan dua broker yang kini didakwa di Kemboja
menimbulkan kebimbangan terhadap mangsa-mangsa penculikan untuk tujuan
penjualan organ yang tidak diketahui pihak berkuasa.
Chhay berkata, sebelum itu, seorang jiran datang ke rumahnya di
kawasan pinggir minoriti masyarakat Islam yang digelar Cham. Wanita itu
memujuknya dan dua saudara lain untuk menjual buah pinggang kepada
golongan kaya di Kemboja yang menjalani rawatan dialisis.
“Wanita itu berkata, saya miskin dan tidak mempunyai duit. Jika jual
buah pinggang saya boleh membayar hutang,” kata remaja yang enggan
namanya didedahkan. Dalam pada itu, cerita serupa menjadi perkara biasa di kawasan miskin
di India dan Nepal yang terkenal sebagai tempat popular pengedar organ.
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 10,000
atau 10 peratus daripada organ telah dipindahkan di seluruh dunia untuk
tujuan perdagangan.
Aduan
Bagaimanapun, ketika pihak berkuasa mula menghidu perbuatan broker
yang mengaut keuntungan sebanyak AS$10,000 (RM32,875) untuk setiap buah
pinggang dijual, penderma-penderma organ membuat aduan kepada pihak
polis pada Jun lalu mengenai potensi perdagangan organ baharu.
“Perdagangan buah pinggang tidak seperti jenayah lain. Jika mangsa
tidak bersuara, kita tidak tahu,” kata Timbalan Ketua Polis Phnom Penh,
Prum Sonthor.
Pada Julai lalu, pasukan polis menahan Yem Azisah, 29, dan bapa
tirinya, Phalla, 40, yang dipercayai terlibat dalam kes perdagangan
organ milik saudara mereka. Kini, kedua-dua suspek itu sedang ditahan
dan menunggu tarikh perbicaraan mereka.
Isu perdagangan organ haram semakin menular di kawasan miskin di
Kemboja dan menjadi rutin pihak polis untuk menyiasat kes-kes berkaitan
dengan perdagangan seks, perkahwinan paksa atau perhambaan.
Namun, perdagangan melibatkan organ manusia merupakan kes dan siasatan yang baharu.
“Ini adalah cara paling mudah untuk mendapatkan wang lumayan. Ia menyebabkan kami berasa bimbang,” kata Prum.
Prum berkata, sekurang-kurangnya dua rakyat Kemboja yang dibawa ke
Thailand untuk tujuan perdagangan organ tidak memfailkan aduan.
“Sindiket ini berlaku sama ada mangsa didorong oleh kemiskinan atau dipaksa oleh broker yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Jenayah itu sukar dikesan kerana ia tidak dilaporkan oleh mangsa
tetapi pada bulan Ogos lalu, laporan media mendedahkan mengenai kes-kes
perdagangan organ yang berlaku di sebuah hospital tentera di Phnom Penh.
Prum berkata, ia adalah latihan antara doktor Kemboja dan China yang
menggunakan organ penderma sukarela serta pesakit warga Vietnam.
Namun, Prum tidak dapat memastikan sama ada perdagangan itu melibatkan wang atau sebaliknya.
Chhay hanya mampu melihat rakan-rakan lelaki sebaya dengannya bermain
bola sepak. Pembedahan yang dijalani sejak dua tahun lalu menyebabkan
badannya lemah dan tidak bermaya seperti remaja lain. Dia juga mengalami
kemurungan kerana malu dan masih dibelenggu masalah hutang.
“Saya ingin memberitahu orang lain supaya tidak menjual buah pinggang
mereka seperti saya. Saya rasa sangat menyesal. Saya tidak boleh
bekerja keras dan saya sering berasa letih untuk berjalan,” katanya.
Kesan
Bagaimanapun, Chhay mula bekerja di sebuah kilang pakaian pada bulan Julai lalu.
Satu penyelidikan berkaitan kesan kepada penderma berbayar seperti
Chhay telah dilakukan tetapi WHO melaporkan kemurungan dan kemerosotan
kesihatan yang dirasakan oleh penderma disebabkan kekurangan rawatan
susulan.
Chhay masih cuba mengingati beberapa butiran transaksi yang
menghantuinya kerana dia tidak pasti telah dibawa ke mana atau siapa
wanita yang menjual buah pinggangnya.
Di Thailand, pihak berkuasa kesihatan cuba untuk mendapatkan
penjelasan mengenai isu perdagangan organ yang semakin keruh dan
beberapa buah hospital di Bangkok turut disiasat. Siasatan memfokuskan
pada dokumen yang membuktikan transaksi antara penderma dan penerima.
“Kami sudah meminta pihak hospital supaya lebih berhati-hati,” kata Presiden Majlis Perubatan Thailand, Somsak Lolekha.
Somsak berkata, pihaknya sedang mengkaji peraturan pemindahan organ. Pasaran organ secara haram di seluruh dunia semakin meningkat dan
situasi itu menyebabkan jumlah pesakit yang menunggu untuk melakukan
pemindahan terutama buah pinggang turut bertambah.
Pusat Pendermaan Organ Palang Merah Thai (ODC) mendedahkan, sebanyak
4,321 pesakit berada dalam senarai menunggu organ sehingga Ogos lalu dan
sebanyak 581 buah pinggang dipindahkan pada tahun lalu.
Bagaimanapun, separuh daripada buah pinggang itu diperoleh daripada penderma yang meninggal dunia. – AFP
sumber :
http://www.kosmo.com.my/
===============================================================
PINJAMAN PERIBADI-i ISLAMIC
Khas untuk kakitangan kerajaan,
potongan Biro Angkasa. Pinjman Koperasi Sehingga RM300,000, tempoh bayaran
balik sehingga 10 Tahun dan Potongan Gaji Lebih 60%.boleh dirunding. Komitment
Tinggi, Blacklist, CRISS & CTOS! Faedah yang Rendah 4.65% dan Payout
Tertinggi 93%, berminat sila hubungi ditalian : 013 9116 568 (abgdin) atau 013
9546 208 (Fadhil) atau layari : http://koperasi-online2u.blogspot.com/