Kenaikan Harga Minyak Naik Lagi 2014
: Mungkin ada benarnya, cadangan kalangan rakyat Malaysia supaya mereka
yang menjawat jawatan menteri ini disaring semula dan perlu melalui
ujian IQ terhadap diri mereka supaya mereka yang dilantik untuk memimpin
& mengurus negara adalah kalangan yang benar-benar berkelayakan.
Berita Semasa tidak pasti mengapa Tengku
Adnan bercakap soal minyak? Apa kelayakan & kapasiti beliau untuk
bercerita mengenai minyak?
Kenaikan Harga Minyak Naik Lagi 2014 : Mekanisme Baru Jual Minyak RON 95
- Minyak RON95 hanya dinikmati oleh golongan berpendapatan rendah bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja
- Contohnya, mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu. Seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard atau pun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95.
- Mengekang negara jiran dari Singapura dan Thailand serta warga asing yang bekerja di negara ini daripada menikmati kadar bahan api dengan harga subsidi
- Pada masa ini harga minyak RON95 adalah RM2.10 seliter iaitu 63 sen disubsidikan kerajaan manakala harga minyak RON97 berada pada kadar RM2.80 seliter bergantung kepada apungan terurus harga bulanan ditentukan oleh kuasa pasaran.
- Inisiatif kerajaan ini dilakukan demi masa depan negara dan tidak menggunakan pendekatan populis yang bakal memusnahkan masa depan negara
Bukankah cakap terus-terang itu lebih baik. Mahu umumkan kenaikan harga minyak naik 2014 tidak lama lagi bukan (SEPERTI DI SINI)?
Bukankah lebih baik untuk peringkat awal, dilaksanakan mekansime di
mana terdapat pengawalan yang lebih ketat bagi rakyat asing membeli
minyak di Malaysia? Bagi Berita Semasa jikalau langkah seperti ini
berjaya dilaksanakan, barulah diperluaskan untuk kelompok sasaran pula.
Berjaya Dikesan (Lokasi) : R&R ayer keroh pada 11/1/2014
Hakikatnya? Dengan orang Singapore yang
isi minyak RON95 pun tidak boleh dibendung, masih mahu bercita-cita
besar untuk mengawal penjualan minyak mengikut pendapatan rakyat
Malaysia? Erm…..
Buktikan kepada rakyat terlebih dahulu.
Jikalau dapat bendung penjualan minyak kepada warga asing,, boleh syukur
nikmat. Banyak peratus penjimatan yang dapat kerajaan kumpul daripada
mekanisme sebegitu rupa. Apa pandangan anda pula mengenai langkah
terbaru kerajaan mengenai kenaikan harga minyak 2014 selepas ini dan
juga cara penjualan minyak RON 95 kepada anda?
No comments:
Post a Comment