Sebenarnya, berdasarkan pemerhatian
Berita Semasa andaikata, gaji kalangan menteri Malaysia naik sekalipun
tetapi kos sara hidup di Malaysia berada pada kadar berpatutan tanpa
kedengaran berita tragis seperti kenaikan harga minyak (HARGA MINYAK TURUN DI SINI), tarif elektrik naik, cukai pintu tidak naik secara radikal dan segala macam lagi berita kenaikan rakyat tidak melenting pun.
Rakyat tidak….
Rakyat bukan marah gaji Menteri Malaysia
tinggi, tetapi yang rakyat marah dan kesalkan sekarang ini melihatkan
bebanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat akibat pemborosan dan pembaziran dana negara selama ini kaya dengan pelbagai sumber.
Walaubagaimanapun, bagai Berita Semasa
ia satu permulaan yang bagus, dengan tindakan kerajaan mahu berusaha
mengurangkan seberapa banyak perbelanjaan pengurusan negara ketika ini.
Potong Elaun Menteri, Timbalan Menteri Malaysia 10 peratus
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini mengumumkan kerajaan akan melaksanakan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam bermula 1 Januari 2014.Ini termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, dan pegawai kanan kerajaan Gred Utama Sektor Awam C ke atas antara lima hingga 10 peratus.
- Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan
- Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50-100 atau 30 peratus
- Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan.
- Pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.
- Meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam misalnya, penerbangan sektor awam bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah kelas ekonomi.
- Pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
- Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebaang acara rasmi kerajaan;
- Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat;
- Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel
Diharapkan
juga selepas ini, Datuk Seri Najib Razak perbanyakan lagi barisan
Menteri yang menggunakan akal ketika mengeluarkan hujah dan
mempertahankan dasar untuk rakyat sepertimana yang mampu dilakukan YB
Khairy Jamaluddin.
Kurangkan
barisan Menteri seperti Datuk Seri Hassan Malek, kerana ia akan membawa
malapetaka kepada kehidupan rakyat selepas ini. Apa kata anda pula
dengan tindakan terbaru kerajaan ketika ini?
sumber dipetik dari: http://www.beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment