Shah Alam: Pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) berpeluang
memperkenalkan produk keluaran mereka dalam program berjadual bulanan di
beberapa premis TESCO Store (M) Sdn Bhd (TESCO) terpilih selepas pasar
raya besar itu menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Kelab
Usahawan Selangor (KUSEL), baru-baru ini.
Program dinamakan TESCO SME Kecoh itu bakal diadakan di tujuh perkarangan pasar raya itu bermula di Ara Damansara dan Kepong pada 26 Jun hingga 26 Julai disusuli Kajang, Rawang, Setia Alam, Mutiara Damansara dan Bandar Bukit Puchong.
Ketua Penyelaras Program merangkap Timbalan Presiden KUSEL, Juzairiah Wazir berkata, seramai 20 pengusaha SME bakal dipilih untuk menjual produk keluaran mereka di dalam premis TESCO secara percuma dengan semua kos ditanggung Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
“Program ini terbuka kepada semua pengusaha SME, tetapi keutamaan diberikan kepada 800 ahli KUSEL yang berdaftar. “Setiap tapak perniagaan menyediakan 60 gerai niaga dengan kadar sewa RM2,000 sebulan atau RM67 sehari untuk ahli dan RM2,500 untuk bukan ahli,” katanya.
Majlis MoU itu ditandatangani wakil Jabatan SME TESCO, Ahmad Husainy Ahmad Basri dan Presiden KUSEL, Datuk Zaini Taha.
sumber dari : http://www.hmetro.com.my/

No comments:
Post a Comment