Duit Derma RM2.6 Bilion Masuk Akaun Bank Najib Razak. Baiknya Budi Penderma Tersebut? LHDN, BNM Mohon Respon!
Berita skandal terbesar di Malaysia,
1MDB dan juga berita rombakan kabinet Menteri terus menjadi siulan dan
cakap-cakap rakyat Malaysia yang terus kehausan maklumat atas nama mahu
mencari kebenaran sehingga berjaya menenggelamkan berita penemuan
barang-barang yang berkaitan dengan tragedi MH370. Hebat!!
Ditambah pula dengan dakwaan Wall Street
Journal yang mengatakan ada duit masuk ke adalam akaun Najib Razak
sejumlah RM2.6 ribu juta aka RM2.6 bilion.
Walaubagaimanapun rakyat Malaysia yang
seringkali terkejut dihidangkan dengan laporan-laporan berita yang ada
di Malaysia sekali lagi terpinga-pinga dengan kenyataan SPRM mengatakan
ia hanyalah duit derma RM2.6 bilion ke adalam akaun bank Najib Razak
daripada kalangan penderma yang tidak didedahkan.
Wang Derma RM2.6 bilion? Masyaallah banyaknya. Najib Razak dapat duit derma RM2.6 bilion ke dalam akaun banknya? Hebat….
- Barack Obama “beli” jawatan Presiden US 2008, US$715.6 juta dari para penderma perseorangan juga korporat, sikit sikit sikit jumlahnya masuk dari sana sini, makan masa untuk kutip derma
- Manakala Mitt Romney hanya dapat sumbangan dan derma sebanyak USD US$446 juta sahaja
- Hillary Clinton di Washington sana, baru mampu kumpul derma puluh-puluh juta sahaja sejak umumkan hasrat bertanding
- Najib Razak terus segunung emas selepukkkkk masuk akaun peribadinya atas wang nama derma RM2.6 bilion (one single transaction). Yang paling ajaib tidak harap apa-apa habuan “penderma yang sungguh baik hati itu”. Mungkin derma fisabilillah RM2.6 bilion. Ermmmm….Urut dada Berita Semasa menulisnya.
Mulianya hati penderma tersebut.
Persoalan Duit Derma RM2.6 Bilion Masuk Akaun Bank Najib Razak?
- Mengapa dan kenapa Datuk Seri Najib Razak begitu sukar untuk menjelaskan daripada hari pertama duit sejumlah RM2.6 bilion adalah derma yang masuk ke akaun bank miliknya sendiri? Mengapa baru sekarang Selepas sebulan lebih berlalu? Lamaaaanyaaaa…….
- Di mana duit derma RM2.6 bilion pergi sekarang?
- Pembangkang Malaysia sudah bersedia untuk mendedahkan penderma mereka, jadi rakyat Malaysia mahu tahu siapa penderma umno yg baik hati itu?
- Jikalau duit itu legit, adakah jumlah tersebut sudah diisytihar ke LHDN?
- Ketika wang derma dimasukkan ke akaun Najib, apakah Ambank memaklumkan perkara ini kepada Bank Negara? Adakah BNM ada siasat punca dan tujuan kemasukan duit RM2.6 bilion tersebut?
- Duit derma RM2.6 bilion masuk ke akaun Najib Razak, sudah “declare” kepada SPRM atau tidak? Bila tarikhnya?
- Mengapa akaun bank Ambank Najib Razak tiba-tiba ditutup?
Jikalau betul betul derma, Najib tidak perlu konar sana sini, arah siasat situ sini, tangkap/pecat/naikkan pangkat orang itu orang ini.
Sepatutnya Pada hari pertama laporan
berita Wall Street Journal dikeluarkan mengenai duit masuk ke akaun bank
Najib Razak RM2.6 bilion, SPRM dan LHDN sudah tampil membersihkan nama
Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dengan mengatakan ia telah pun
“declare” kepada mereka semua awal-awal lagi semara duit derma RM2.6
bilion tersebut masuk. #nothing2hide katanya. Tetapi yang peliknya, Tan Sri Muhyiddin dan MT UMNO pun tidak tahu? Pelik!
Kenapa ya, ‘kenyal’ sangat penjelasan
kali ini untuk dikunyah. Nak hadam lagilah. ‘Lawak-lawak’ yang
dipersembahkan kepada kita semakin hari semakin menyenakkan perut.
Jantung pun, degupnya ke arah…
sumber : beritasemasa.com
sumber : beritasemasa.com
2 comments:
Halo Setiap Satu, saya Mrs Nie Aetu, saya ingin menggunakan media ini untuk berbagi kesaksian tentang bagaimana saya mendapat pinjaman kredit Legit online di mana saya mendapat pinjaman saya dan saya juga telah memperkenalkan teman-teman dan keluarga untuk dia yang mendapatkan pinjaman mereka juga dan bisa bersaksi untuk itu. Setelah berbulan-bulan mencoba untuk mendapatkan pinjaman online dan scammed jumlah Rp7,200,000 saya menjadi begitu putus asa dalam mendapatkan pinjaman dari pemberi pinjaman kredit legit secara online yang tidak akan menambah rasa sakit saya, maka saya memutuskan untuk menghubungi seorang teman saya yang baru-baru ini mendapat pinjaman online, kita bahas tentang masalah ini dan kesimpulan kami dia mengatakan kepada saya tentang Mariam Suleiman Badan Kredit di mana dia mendapat pinjaman nya juga Jadi saya diterapkan untuk jumlah pinjaman (Rp650,000,000) dengan tingkat bunga rendah dari 2 %, pinjaman tersebut disetujui dengan mudah tanpa stres dan semua persiapan di mana dibuat tentang transfer kredit dan dalam waktu kurang dari 48 jam pinjaman tersebut disetorkan ke bank saya jadi saya ingin saran salah satu yang membutuhkan pinjaman untuk menghubungi dia melalui email: mariamsuleimanloanfirm@gmail.com Anda juga dapat menghubungi saya untuk arah melalui email: aetunie@gmail.com, dia adalah seorang wanita takut bagus dan Tuhan dan juga dia adalah jenis membangkitkan semangat terima kasih, saya berharap Anda semua berkat Tuhan.
nike react
supreme clothing
nike air max 90
adidas nmd r1
jordans
adidas zx flux
jordan shoes
adidas tubular
balenciaga
nike air max
Post a Comment