KUALA LUMPUR: Ringgit pada Isnin ditutup lebih rendah berbanding dolar AS berikutan lebih banyak pelabur mengalih minat daripada mata wang pesat berkembang kepada aset selamat, kata peniaga.
Pada 5 petang, ringgit diniagakan pada 4.3275/3325 berbanding dolar AS daripada 4.2560/2610 pada Jumaat.
Seorang peniaga berkata pada Isnin dolar AS menerima sedikit sokongan
berikutan pengumuman data pekerjaan AS yang bercampur-campur membantu
pelabur mendapat gambaran lebih jelas berhubung pemasaan kenaikan kadar faedah
oleh Rizab Persekutuan AS.
Ringgit turut rendah dalam dagangan berbanding mata wang
utama lain.
Unit tempatan merosot berbanding pound sterling kepada 6.6038/6127 daripada 6.4849/4933 pada Jumaat dan menyusut berbanding euro kepada 4.8299/8372 daripada 4.7408/7468 sebelum ini. – BERNAMA
Sumber : mstar.com.my
No comments:
Post a Comment