
Rakaman berkenaan menjadi viral setelah dikongsikan seorang netizen
yang mendakwa mungkin objek misteri tersebut merupakan sejenis santau
yang dihantar ke gerai rakannya itu.
“Perhatikan di atas meja tu, kejadian berlaku pagi tadi, di
restoran member… mungkin hasad dengki manusia tak boleh tengok orang
lain senang berniaga… mula berkwan dengan syaitan,” tulis pemuat naik.
Cahaya misteri yang dirakam dalam video bertarikh 21 April itu
menunjukkan ia sedang meraba-raba, memanjat, dan seakan-akan cuba
memakan tinggalan makanan di atas meja tersebut.
Pengguna sosial media rata-ratanya menyifatkan entiti bercahaya itu
sebagai ‘makhluk’ jahat yang dihantar oleh seorang bagi melakukan
perkara khianat.
Bak kata seorang pengguna facebook, Affiq Ardhi Apit:
“Nak habaq tak kena… tak nampak dengan jelas… dia punya cahaya bagi tak nampak. Hmm… Dengki manusia ni nohh?” tulisnya.
Manakala, Zarul Bakri juga turut merasakan hal yang sama:
“Seram gak tengok macam tu, siot la asyik ada hasad dengki tu, tak baik boh orang macam ni” katanya.
Bagaimanapun, jangan mudah membuat spekulasi, setelah meneliti
rakaman berkali-kali, apa yang boleh kami katakan ialah objek bercahaya
itu mungkin sebenarnya adalah serangga yang hinggap di cermin kamera.
Efek cahaya yang mencanak-canak mungkin terhasil disebabkan
pencahayaan secara pantulan daripada abdomen serangga dan kamera ‘usang’
digunakan juga mungkin antara faktor kesan cahaya tidak sekata sewaktu
dirakam.
Ini mungkin pendapat kami sahaja namun apa-apa pun, tidak dinafikan
makhluk halus sememangnya wujud malah ia adalah satu realiti yang wajib
diyakini oleh umat Islam.-mynewshub.cc/
Objek Cahaya Misteri Makan Makanan Di Gerai? oleh mynewshub
No comments:
Post a Comment