Friday 17 February 2017

Kes Rasuah di Malaysia Yang Tertinggi? Punca Makin Naik?

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 013-9116 568 (abgdin)

Apabila membaca satu fakta daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh orang-orang SPRM, memang patut pun kedudukan indeks rasuah di Malaysia berada dalam kedudukan yang teruk di dunia.

Kadang-kadang tersenyum kami sendiri melihat telatah mereka walaupun SPRM yang telah melalui beberapa “penjenamaan semula” dan transformasi tetapi rupanya masih ditakuk lama.
Pada mulanya dikenali dengan Badan Pencegahan Rasuah kemudian diberikan “nafas baru” badan ini sehingga dikenali suruhanjaya yang diharapkan lebih bebas. Hakikatnya? Mentaliti serupa juga.
Mana pergi-perginya “jerung-jerung” yang sedang bebas berkeliaran di tepi pantai Malaysia. Tiada buat tangkapankah wahai SPRM? Kebalkah mereka?

Sedangkan jerung-jerung inilah, yang bernilai lebih RM35,000 malah jutaan ringgit nilainya berdasarkan rekod jenayah yang mereka lakukan termasuk penyelewengan yang dibongkarkan satu demi satu sebelum ini.
Jerung kalau dibiarkan berkeliaran di pantai Malaysia, bahaya tak? Begitu juga kepada negara Malaysia apabila penjenayah seperti ini dibiarkan bebas di luar sana….
Lagi satu, kata pengarah SPRM, rekod tertinggi kes rasuah tahun ini ialah RM35 ribu yang diterima oleh pengurus TNB. Walhal statistik menganggarkan negara kerugian hampir RM10 bilion setahun angkara rasuah dan salah laku yang berkaitan dengannya. Namun, setakat bulan Ogos, SPRM berjaya merekodkan kes rasuah tertinggi sebanyak RM35 ribu. Kasihan……..
Baru-baru ini SPRM diberitakan akan menggunakan pendekatan Sun Tzu untuk memerangi rasuah di negara ini.
Yang lawaknya, kata pengarah tersebut: “Kami berharap  trend orang awam melaporkan sebarang cubaan rasuah kepada SPRM akan  berterusan bagi membendung kegiatan rasuah.” Masalahnya orang sudah letih melaporkan salah laku pemimpin rasuah, namun, tindakan yang “SPRM mampu lakukan”?
Maksudnya SPRM punya KPI ini masih rendah lagi. Ala-ala nilai kes rasuah tersebut melibatkan sebuah kereta Viva sahaja.
Mungkinkah SPRM tak cukup bajet untuk “membeli pukat yang lebih besar” dan apabila cukup peralatan SPRM, beranikah mereka untuk menangkap jerung-jerung besar di luar sana?

beritasemasa.com.my

No comments: