Saturday 18 February 2017

Penculik guna “gula-gula” Sebagai Umpan, 3 murid nyaris diculik

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 013-9116 568 (abgdin)

LABUAN: Tiga murid tahun 3 Sekolah Kebangsaan St Anne di sini nyaris dilarikan 3 lelaki dalam van bercermin gelap di depan pintu masuk sekolah mereka tengah hari semalam.

Lelaki berkenaan yang menaiki van Toyota Hiace mulanya menawarkan gula-gula kepada seorang daripada murid itu tetapi ditolaknya dalam insiden yang berlaku selepas aktiviti kokurikulum sekolah tersebut pada 4.45 petang.

Ketika itu juga, pintu van tersebut dibuka seluasnya, dalam apa yang dianggap percubaan untuk menarik ketiga-tiga pelajar berkenaan ke dalam kenderaan tersebut.

Menceritakan kejadian itu, ibu seorang murid berkenaan berkata ketiga-tiga lelaki tersebut kemudian melarikan diri dengan van itu apabila pengawal keselamatan sekolah menghampiri mereka.

Wanita itu berkata polis mengambil keterangan daripada anak perempuannya yang juga seorang daripada murid terbabit.

Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin berkata pihak sekolah harus memastikan pelajar terutama mereka yang masih di sekolah rendah menunggu kenderaan atau keluarga mereka di dalam kawasan sekolah selepas waktu persekolahan.

freemalaysiatoday.com/

No comments: