Oleh Murshid Eunos
Dalam satu laporan dan statistik dikeluarkan Jabatan Insolvensi
Malaysia, hampir 45,000 individu yang berumur di bawah 35 tahun di
negara ini diisytiharkan muflis sejak tiga tahun lalu. Daripada jumlah
itu, secara purata 41 individu muflis setiap hari akibat kegagalan
menjelaskan bebanan bayaran kad kredit, yuran perubatan, sewa beli dan
hutang along.
Tahap pengetahuan rendah mengenai pengurusan kewangan menjadi salah
satu punca kepada kemelut bebanan hutang golongan ini. Kajian Pusat
Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) membuktikan 47 peratus daripada
mereka dibebani hutang serius dan pemerhatian lanjut mengenai perilaku
dan tabiat kewangan golongan pekerja muda, 37 peratus daripada kelompok
ini mengakui mereka berbelanja melebihi gaji bulanan.
Kos sara hidup yang meningkat saban tahun turut menyumbang kepada
masalah pengurusan wang golongan muda. Memetik statistik dikeluarkan
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (JPM) empat tahun lalu,
pendapatan kasar bulanan isi rumah di kawasan bandar menjulang naik
kepada RM4,705 berbanding RM3,357 pada sepuluh tahun sebelumnya.
Hal ini memberi gambaran bebanan dan tanggungan perlu dihadapi oleh golongan muda terutamanya graduan yang baru memasuki alam pekerjaan. Gaya hidup di luar kemampuan sering menjadi punca utama masalah kewangan yang semakin meruncing dalam kalangan remaja. Hal itu membawa kepada bebanan hutang pada usia muda akibat berbelanja secara berlebihan.
Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) sendiri mengakui yang kajian awal dilakukan mereka terhadap 100 individu mendapati golongan itu menghabiskan 30 peratus daripada gaji mereka untuk membayar hutang-hutang tertunggak setiap bulan.
Namun secara lebih teliti, apakah yang membuatkan mereka diisytiharkan muflis?
Hutang sewa beli
Sebanyak 1,046 kes muflis membabitkan mereka di bawah umur 25 tahun dicatatkan bagi 2005 hingga Julai tahun lalu dan daripada kes itu, 487 atau 46.5 peratus diisytiharkan muflis kerana gagal menjelaskan hutang sewa beli kenderaan manakala 354 orang (33.8 peratus) pula gagal menjelaskan pinjaman peribadi.
Terdapat juga kalangan mereka muflis kerana menjadi penjamin korporat dan sosial, serta gagal menjelaskan pinjaman kad kredit serta biasiswa atau pinjaman pelajaran.
Apa perasaan anda apabila menyandang status muflis pada usia muda? Tambah lagi apabila silapnya adalah anda tidak mampu lagi membayar hutang kad kredit yang mencecah ribuan ringgit. Atau mungkin kerana menjadi mangsa kepada ketaksuban untuk bertukar-tukar kereta pada hal kewangan belum benar-benar layak untuk berbuat demikian.
Tidak salah memenuhi keperluan asas, namun salah langkah dan tanpa perancangan kewangan yang teliti bahana menanti. Apatah lagi dengan promosi makin hebat terutamanya apabila majikan mengumumkan kenaikan gaji dan bonus.
Serentak itu berebut-rebut juga bank dan kakitangannya membuat promosi menarik dengan janji-janji indah bagi menjerat golongan muda yang lebih nampak keseronokan daripada kesan dan akibat kemudian hari.
Jika diperhati pada setiap satu statistik dan peratusan jumlah muflis dalam kalangan anak muda, sikap suka membeli-belah dan pengurusan kewangan yang teruk adalah punca mereka jatuh bankrap dan itulah gambaran tepat mengenai sikap sebahagian besar pengguna di Malaysia.
Tabiat mengejutkan
Bayangkan, sebanyak 41 orang diisytiharkan bankrap setiap hari dan semuanya gara-gara hutang kad kredit. Pada setiap hujung minggu pula, mengikut statistik Persatuan Pengurusan Kompleks dan Pusat Membeli-Belah Malaysia, kira-kira lima juta pengguna berpusu-pusu menyerbu 300 pusat membeli belah yang terdapat di seluruh negara.
Sikap dan tabiat ini adalah satu pendedahan mengejutkan dan menjadi punca mengapa pengguna di Malaysia tidak mampu menampung kos sara hidup yang terus meningkat khususnya golongan muda dan mereka yang baru mengenal erti memegang duit sendiri.
Anak muda tidak langsung memikirkan mengenai kesan dan akibat perbuatan mereka dengan menerima tawaran memiliki kad kredit. Meskipun pelbagai jalan penyelesaian pernah dianjurkan termasuk forum pendidikan kewangan yang memberi penekanan kepada golongan remaja mengenai kaedah pengurusan kewangan yang baik, ia bukanlah penawar yang benar-benar berkesan dalam menyelesaikan kemelut ini.
Siapa lebih ramai dilabelkan muflis, lelaki atau perempuan?
Secara dasar, kaum wanita dilihat lebih cenderung untuk muflis berbanding lelaki. Sikap gemar berbelanja yang dialami kebanyakan wanita ada kalanya boleh menyebabkan mereka terjebak untuk jatuh muflis. Pun begitu, berdasarkan laporan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), rata-rata lelaki berusia 40 tahun dan ke atas mendapatkan khidmat nasihat serta kaunseling daripada agensi ini bagi pengurusan wang dan menyelesaikan hutang.
Menyoroti kembali statistik AKPK sepanjang tahun 2013, 42.4 peratus atau 39 220 lelaki berusia lebih 40 tahun adalah golongan paling tinggi mendapatkan khidmat kewangan diikuti lelaki berusia 20 hingga 30 tahun yang mencatatkan peratusan 17.7 atau 16,336 orang.
Jawapan musykil
Data ini juga mengenal pasti 65.3 peratus daripada lebih 90,000 pelanggan Program Pengurusan Kredit adalah lelaki. Antara punca utama kepada permasalahan ini termasuk perancangan kewangan yang lemah, kos perubatan tinggi, kegagalan atau kelembapan mengurus perniagaan dan hilang kawalan dalam penggunaan kad kredit.
Bagaimanapun timbul pula persoalan, adakah cara hidup generasi ini perlu disalahkan sepenuhnya atau perlu mengambil kira kos sara hidup yang semakin meningkat?
Sebenarnya kemusykilan ini terjawab apabila ramai golongan muda perlu mengukur baju di badan sendiri ketika berbelanja. Tidak dinafikan kos sara hidup yang tinggi mempengaruhi perbelanjaan seseorang. Ia ditambah dengan gaya hidup yang tidak selari dengan pendapatan.
Namun begitu, ia berbalik kepada individu itu sendiri. Mereka seharusnya mengetahui cara pengurusan wang dengan bijak. Langkah yang salah dalam perkara ini menjerumuskan ramai golongan muda dalam perangkap muflis. Perlu untuk kita mengkaji punca mereka menggunakan kad kredit kerana inilah antara punca terbesar golongan muda jatuh ‘miskin’.
Ini kerana ada yang membuat kad kredit untuk melangsaikan bayaran perniagaan mereka sehingga menjadi muflis. Perkara ini perlu diambil kira dan pada masa sama, beberapa inisiatif harus dilakukan bagi membantu remaja yang muflis disebabkan masalah pengurusan wang dalam perniagaan.
Perancangan kewangan lemah dan kurangnya pengetahuan mengenai pengurusan wang menjadi faktor utama masalah hutang. Situasi ini menyumbang kepada masalah muflis yang semakin meningkat saban tahun.
Bayangkan, tunggakan kad kredit rakyat Malaysia pada 2006 pernah direkodkan mencecah RM20 bilion ekoran gaya hidup gemar berhutang walaupun tidak mampu dari segi kewangan terutamanya anak muda.
Data perbelanjaan eksekutif muda
Kad kredit bagaimanapun jika dipantau dalam skala lebih kecil, ia lebih ramai digunakan oleh anak muda yang bekerjaya sebagai eksekutif atau mereka lepasan universiti yang mencari
Ini tidak termasuk perintah bayar daripada pinjaman pelajaran mereka di universiti yang sering eksekutif muda ini ‘sengaja buat lupa’ tapi tidak pernah lupa untuk bayar perbelanjaan berkaitan urusan peribadi mereka. Katakan eksekutif yang ‘memaksa diri’ bayar pinjaman secara minimum RM100, jadi berapa gaji bulanan mereka yang tinggal?
Pendapatan RM2,400 sebulan dan perbelanjaan seperti di atas, bermakna eksekutif muda masih berhutang. Bayangkan bagaimana jika mereka bergaji RM1,000 hingga RM1,500 sebulan? Sudah tentu hutangnya lebih banyak.
Daripada contoh di atas, kita lihat tiada langsung baki gaji bulanan eksekutif itu, malah menunjukkan ketidakcukupan gaji setiap bulan. Ini andaian bagi gaya hidup eksekutif yang paling minimum dengan kos hidup semasa. Cuba bayangkan jika eksekutif itu mengamalkan gaya hidup mewah yang langsung tidak sepadan dengan gaji bulanan yang diterima.
Berapa agaknya kekurangan gaji yang perlu mereka hadapi setiap bulan. Itu tidak termasuk jika kita mempersoalkan duit yang perlu diberi kepada ibu bapa yang sentiasa berdoa agar anak mereka mampu memberi wang untuk membantu meringankan perbelanjaan keluarga.
Lebih menyedihkan, anak yang diharapkan membantu keluarga selepas bekerja, meminta wang daripada ibu bapa dengan alasan kos hidup tinggi dan baki gaji bulanan tidak cukup. Ada juga memikirkan alternatif mendapatkan wang tanpa perlu meminjam duit ibu bapa atau rakan kerana malu akan dicap ‘muka subsidi’ akan menjadikan kad kredit sebagai ‘abang long’ mereka.
Terjebak
Menyedari kesulitan dialami ini, masyarakat kita disaran mengkaji semula corak perbelanjaan seterusnya menyediakan dana kecemasan bagi mengelak daripada membuat pinjaman baru. Amalan menabung sekurang-kurangnya sepuluh peratus daripada jumlah pendapatan juga harus dilakukan segera sebagai persiapan menghadapi peningkatan kos sara hidup di kemudian hari.
Jika anda sedang mengalami situasi seperti ini bertindak segera. Selain mewujudkan bajet bulanan, anda juga digalak menyenaraikan pendapatan yang diraih setiap bulan dan menolak perbelanjaan tidak perlu. Mungkin apa yang berlaku hari ini tidak sama seperti 20 hingga 30 tahun dulu. Dulu kuasa membeli kita terlalu rendah namun keadaan tersebut memang amat berbeza kini.
Jangan leka tak berjimat dan seronok nak bergaya sangat, kerana salah langkah buruk padahnya, tidur tak lena, tekanan di sini sana. Lebih memburukkan keadaan, dalam usia yang masih boleh dikategorikan muda anda sudah disenaraihitamkan oleh institusi perbankan atau lebih teruk bergelar muflis.
Muflis terjadi apabila berlaku situasi ketidakupayaan membayar kembali hutang, liabiliti, entiti, aset atau apa juga kaedah dalam urus niaga mata wang kertas kepada pemberi hutang melebihi tempoh yang dibenarkan.
Adakalanya mungkin keadaan yang menyebabkan seseorang individu itu terjebak dalam keadaan ini. Kurangnya pengetahuan dalam ilmu pengurusan kewangan juga boleh menjadi punca seseorang itu terjebak menjadi muflis.
Kesimpulannya, bagi mereka baru bekerja, kira ke mana duit kamu dibelanjakan, jangan boros, kamu lebih panjang akal dan panjang langkah. Tak perlu bayar bil telefon ratusan ringgit, tak perlu bayar bil stesen televisyen satelit, pakaian berjenama, bergaya dengan kereta atau makan bermewah cukuplah sekadar bersederhana dan naikkan elaun bulanan orang tua bagi mendapatkan keberkatan. Rezeki di bandaraya seperti Kuala Lumpur.
Justeru dalam kata lain, golongan inilah yang paling ramai direkodkan jatuh muflis. Bagaimana ia berlaku dan apa yang dibelanja hingga boleh diheret menjadi bankrap. Sudah tentu ibu bapa sendiri pelik anak mereka jatuh muflis di usia terlalu muda.
Lihat kembali kronologi golongan eksekutif muda yang baru diterima masuk bekerja. Mulanya memang bersemangat kerana inilah pertama kali memegang duit sendiri dan membuat keputusan tanpa perlu pengawasan orang tua. Tapi selepas mengharungi hidup sebagai eksekutif muda dan terdedah dengan persekitaran kerja yang mencabar mental dan fizikal, perubahan demi perubahan positif dan negatif banyak mengubah hidup eksekutif muda sehingga perubahan itu menjerat diri dan kehidupan mereka sebagai individu, pekerja dan sebagai anak dalam keluarga iaitu hutang.
Bagaimana eksekutif muda ini boleh terdedah kepada hutang dan akhirnya hidup dikelilingi hutang? Apa kata kita lihat secara kasar perbelanjaan mereka sehingga membuatkan mereka terjerat dalam masalah ini.

1 comment:
bagus article ini
Post a Comment