Thursday 18 June 2015

Kenaikan Elaun Perumahan 2015 Naik Daripada RM180 Kepada RM300 Untuk Gred 41 Ke Bawah!

Kenaikan Elaun Perumahan 2015 Naik Daripada RM180 Kepada RM300 Untuk Gred 41 Ke Bawah!
Berbanding sebelum ini, di mana banyak teka-teki yang bertebaran samada kakitangan awam ada dapat bonus raya atau tidak? Tetapi kali ini tidak, apabila kerajaan berbesar hati menghadiahkan bayaran saguhati duit raya seperti berita di bawah ini :

BACA BERITA INI : Bonus Raya 2015, Saguhati Duit Raya RM500
Bagi mana-mana yang terlepas dengan intipati ucapan Perdana Menteri, datuk Seri Najib Razak kepada penjawat awam yang diucapnya sebentar tadi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kepada kakitangan awam, suka untuk Berita Semasa kongsikan seperti di bawah ini :

Butiran Intipati Berita Kenaikan Elaun Perumahan 2015 Naik kepada RM300?

  1. Penjawat awam berperanan menjalankan perancangan kerajaan melalui pelaksanaan yang berkesan;
  2. Produktiviti Penjawat awam dan kutipan hasil perlu ditingkatkan. Walaupun bukan semua jabatan kutip hasil tetapi ukuran yang akan digunakan adalah level of public satisfaction yang boleh kakitangan kerajaan lonjakkan;
  3. Perlu mencari new sources of growth. Jabatan perkhidmatan Awam JPA diminta buat kajian produktiviti (measurement yang objektif) secara menyeluruh terhadap penjawat awam secara spesifik.
  4. Kementerian yang menjimatkan peruntukan kerajaan, penjimatan tersebut akan dipulangkan semula kepada kementerian tersebut (diberi insentif). Ketua Setiausaha Negara KSN dan juga Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam perlu berbincang untuk membuat kajian untuk membentuk dan merealisasikan formula seperti ini di masa akan datang
  5. Kakitangan awam tidak dibenarkan sama sekali berniaga dan berbisnes.
  6. Kakitangan awam disaran menjaga rahsia kerajaan Malaysia. Jika kerajaan belum sedia buat keputusan jangan war-warkan kepada umum. Contohnya isu kenaikan tol naik 2015 baru-baru ini.
  7. Dan akhir sekali, seperti yang dijanjikan akhirnya penambaikan imbuhan elaun perumahan 2015 pada tahun 2015 diumumkan di mana berlaku kenaikan elaun perumahan 2015 naik daripada RM180 kepada RM300. Manakala pada yang tinggal di kuaters, akan dapat faedah tambahan 25% daripada kelayakan elaun tetap perumahan ETP yang mana ia akan mula dilaksanakan pada 1 November 2015 ini.
Walaubagaimanapun, Berita Semasa dimaklumkan kenaikan elaun perumahan 2015 naik ini akan untuk kalangan penjawat awam gred 41 ke bawah sahaja. Bagi penjawat awam yang tinggal di kuarters kerajaan pula akan mendapat tambahan 25% dari Imbuhan Tetap Perumahan itu. Kadar baru itu akan berkuatkuasa mulai 1 November 2015.
Bagaimana berpuas hati dengan berita kenaikan elaun perumahan 2015 naik kali ini? Apa kata kakitangan kerajaan semuanya di sini?

sumber di petik dari : http://www.beritasemasa.com.my/kenaikan-elaun-perumahan-2015-naik

Peluang SAYA Kongsi "MISI MENCARI LEADER”.. Pendaftaran Leader dibuka..." Anda melakukan tugasan hanya 10% selebihnya di lakukan oleh system . Pendapatan RM 1,800 dalam masa 10 hari saja. Modal permulaan RM 95. pertanyaan sila TEL 013 9822 893 / 013 9116 568  atau boleh layari laman sesawang : http://klatebis.com atau klik banner di bawah:-

No comments: