SHAH ALAM - Seorang pegawai kanan dari Perbadanan Putrajaya ditahan
bagi membantu siasatan kerana dipercayai meminta dan menerima suapan
hampir RM13,000 sebagai balasan meluluskan sebut harga dari syarikat
kontraktor.
Sumber berkata, pegawai berkenaan berusia lingkungan 40an ditahan di sebuah restoran kira-kira jam 9.30 malam, semalam.
Pengarah SPRM Selangor, Datuk Norazlan Mohd Razli ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan penangkapan terbabit.
Beliau berkata, kes rasuah yang melibatkan perolehan perlu dicegah dan
diambil perhatian sewajarnya kerana ianya boleh menyebabkan wujudnya
ruang dan peluang permintaan rasuah oleh orang yang mempunyai kuasa.
“Perkara ini jika dibiarkan dikhuatiri akan memberikan tekanan kepada
pihak pembekal dan kontraktor kerana mereka perlu menyediakan wang
rasuah yang diminta sekiranya ingin mendapatkan sesuatu projek,”
katanya.
Menurut Norazlan , kes di siasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. - sinarharian.com.my/
No comments:
Post a Comment