Saturday, 11 February 2017

Kerja di Malaysia Makin Berkurang? 50,000 Bakal Dibuang dan Kena Diberhenti Kerja?

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 013-9116 568 (abgdin)

Pada tahun 2015, dicatatkan 200,000 penggangur yang terdiri dikalangan siswazah yang masih tercari-cari dan teraba peluang kerja kosong dan jawatan kosong di Malaysia. Itu belum dicampur lagi dengan kalangan yang ada kelulusan Diploma, sijil dan juga lepasan keputusan SPM. Di mana nasib mereka pada ketika itu yang boleh dikatakan baru mahu memulakan hidup.

Dan berdasarkan dapatan yang dilakukan oleh Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), untuk tahun 2015 sahaja 26,000 telah pun mengalami nasib dibuang kerja oleh syarikat dan majikan masing-masing. Dan yang lebih merisaukan lagi, akan itu dijangka akan terus meningkat.

Peluang jawatan kosong apatah lagi, tidak banyak seperti sebelum ini. Ini kerana kebanyakan syarikat dalam fasa mengecilkan saiz operasi syarikat masing-masing.

Dan tertanya jangkaan mereka tepat sekali apabila untuk tempoh setakat September 2016 yang lalu telah pun diperlihatkan sejumlah 31,000 telah pun kena berhenti kerja. Dan keperitan dan cabaran pada tahun ini iaitu tahun 2017 dijangka lebih mencabar apabila 45,000 hingga 50,000 pula lagi akan menunggu masa dan nasib mereka untuk menerima notis dibuang dan berhenti kerja. Dan sektor yang paling terjejas adalah kewangan, insurans dan tidak lupa juga pembinaan. Faktor mereka terus diberhentikan kerja dan beberapa lagi sektor yang turut akan terjejas :

Punca Diberhenti

·         Lonjakan pembangunan teknologi kewangan (Fintech) yang mengurangkan penggunaan tenaga manusia
·         Teknologi Insurans (Insurtech), Insurans yang banyak diijual secara online sekarang ini
·         Permintaan yang lemah untuk sektor hartanah Malaysia
Sektor produk dan perkhidmatan akan terjejas dek kerana permintaan yang lemah dikalangan penggunaan domestik dan juga eksport

Statistik Terkini Kena Dibuang Kerja dan Diberhenti Kerja?

Tahun
Jumlah Yang Diberhentikan Kerja
2007
42336
2008
47145
2009
64516
2015
26000
2016
31000 (Setakat bulan September sahaja)
2017
Dijangka hingga 50000 pekerja

Impaknya ada kepada kita semua? Ya ada? Cuba besar atau kecil sahaja. Bayangkan seorang pukul rata menerima gaji secara purata RM2,000 sebulan dan dijangka 50,000 akan hilang kerja dan jawatan serta peluang pendapatan, ini sekaligus menyebabkan pasaran telah kehilangan kuasa berbelanja sejumlah :

RM1,000 x 50,000 = RM50 juta (angka paling minimum. Mungkin lebih daripada ini)

Ini bermakna pasaran kita akan kehilangan kuasa berbelanja atau perbelanjaan domestik sejumlah RM50 juta setiap bulan yang kebiasaannya duit itu berlegar di pusat membeli belah, pasar borong, kedai runcit, pusat-pusat pelancongan, klinik swasta, farmasi dan banyak lagi sektor dan perniagaan yang akan terkena tempiasnya.

P/S : Kepada yang tidak bekerja di sktor seperti di atas, jangan berasa terlalu selesa. INi kerana kesannya adalah berantai. Samada lambat atau cepat merasa impaknya. Sebelum itu sekttor minyak dan gas sudah melakukan pembuangan kerja sebelum itu sebelum diikuti oleh sektor-sektor seperti di atas.

beritasemasa.com.my

No comments: