Thursday, 9 February 2017

Senarai Kenaikan Harga Barang Naik. Punca Harga Minyak Naik, Nilai Ringgit Jatuh. Inflasi Melonjak!

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 013-9116 568 (abgdin)

Bermula kelmarin Facebook rasmi Perdana Menteri kesayangan ramai rakyat Malaysia dihujani dengan “peluru dan bom ayat 20 sen” daripada kalangan pengguna Facebook sebagai respon kepada pengumuman rasmi kenaikan harga minyak naik baru-baru ini.
Rakyat tidak sempat menahan penat dan lelah mendepani dengan siri kenaikan sebelum ini, terus dicampakkan dengan berita kenaikan harga minyak naik seperti ini. Persoalannya sampai bila?

Hakikatnya dengan kenaikan harga minyak tersebut, rakyat bukan sahaja berhadapan dengan cabaran kenaikan kos pengangkutan tetapi juga bakal berhadapan dengan beberapa lagi siri kenaikan termasuk kenaikan kos harga barang, kos pengangkutan barangan contohnya dek kerana kesan rantaian disebalik kenaikan harga minyak baru-baru ini. Ini sekaligus poket rakyat Malaysia terus bocor dan menyebabkan perbelanjaan boleh guna rakyat Malaysia atau dispossible income rakyat Malaysia semakin menyusut.

Dan berdasarkan dapatan dan kajian yang dilakukan oleh Namura Research, dijangka inflasi di Malaysia setinggi 2.8 peratus semuanya gara-gara kejatuhan nilai mata wang Malaysia terkini yang terus merosot teruk. Bermakna seperti pada laporan Berita yang pernah Berita Semasa keluarkan sebelum ini, setiap kali kejatuhan ringgit Malaysia yang turun sebegini rupa (jatuh berterusan) bermakna rakyat Malaysia semakin miskin.
sumber : beritasemasa.com.my

No comments: