Monday 6 March 2017

Gula naik: Beri lampu hijau bagi beban pada rakyat

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 013-9116 568 (abgdin)

SHAH ALAM - Memberi lampu hijau kepada peniaga dengan mengumumkan peningkatan harga gula sebanyak 11 sen bukanlah satu langkah 'bijak' oleh kerajaan.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, kerajaan sebaliknya harus memikirkan suatu langkah bagi menyerap kenaikan harga barangan keperluan daripada melepaskan bebanan kepada rakyat.

"Pas kesal dengan 'lampu hijau' yang diberikan kerajaan supaya menaikkan harga gula 11 sen daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram berkuatkuasa 1 Mac yag lalu.

"Perkara tersebut jelas memperlihatkan kerajaan tidak mempertimbangkan sesuatu polisi dengan melihat kepentingan rakyat sebagai keutamaan mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau dalam masa sama turut kesal dengan sikap kerajaan yang dilihat lebih mengutamakan keuntungan pihak tertentu berbanding melihat kepada penguncupan kuasa beli di kalangan pengguna.

Tindakan kerajaan katanya lagi, telah menyebabkan pendapatan rakyat juga semakin berkurang.

"Kuasa beli yang melemah juga sudah pasti akan memberi kesan tidak langsung kepada sektor peruncitan.

"Tidakkah kerajaan sedar kesan inflasi yang telah berkembang kepada 3.2 peratus pada Januari yang lalu hasil daripada polisi-polisi tempang pihak kerajaan?" soalnya lagi.

sumber : sinarharian.com.my

No comments: