Wednesday, 8 March 2017

Tak dapat BR1M bukan bermakna tiada duit

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 013-9116 568 (abgdin)

KUALA LUMPUR - "Soal tidak mendapat duit BR1M bukanlah bermaksud pihak terlibat tiada duit tetapi berlaku kekangan dalam pemberian itu," demikian kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz.

Menurutnya, kekangan yang dimaksudkan ialah ada sesetengah pihak yang tidak mempunyai akaun dan terpaksa melakukan proses pemberian BR1M ini secara manual.

"Proses ini bergantung pada kawasan masing-masing, lagipun urusan secara manual ini banyak prosesnya.

"Kita kena kenal pasti penerima, siasat tempat tinggalnya dan lain-lain, berbeza dengan mereka yang memberikan no akaun di mana duit tersebut boleh terus diberi," katanya ketika ditemui di Dewan Rakyat, hari ini.

Pemberian wang BR1M menjadi isu apabila ada penerima yang dikatakan tidak mendapat duit tersebut, keadaan menjadi buruk apabila isu pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tidak layak mendapat wang bantuan itu tular di media sosial.

Menurut Othman lagi, beliau menasihati orang ramai agar membuka atau kemaskini akaun supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

"Nasihat saya, bukalah akaun atau kemaskininya supaya mudah bagi pihak terlibat memberi bantuan itu dan tidak timbul isu di kemudian hari," katanya lagi.

sumber : sinarharian.com.my

No comments: