Sunday, 21 May 2017

Kadar inflasi negara catat kadar tertinggi: AMK

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. SEMAK KELAYAKAN “PERCUMA”. CTOS, CCRIS dan BLACK LIST. LAYAK MEMOHON. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad memberi ucapan di Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan Malaysia bertempat di IDCC Shah Alam, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM - Kadar inflasi negara mencatatkan kadar tertinggi dalam tempoh hampir sembilan tahun apabila indeks harga pengguna (CPI) pada Mac 2017 mencatatkan kadar 5.1 peratus.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, jabatan statistik menyatakan peningkatan ini disebabkan antara lain peningkatan harga pengangkutan, makanan, perumahan dan utiliti.

Menurutnya, kos sara hidup yang tinggi ini membebankan golongan berpendapatan rendah dan golongan pertengahan.

"Ketika kadar pendapatan per kaputa diumumkan meninhkat daripada RM36,078 bagi tahun 2015 kepada RM37,738 bagi tahun 2016, kita wajib bertanya siapa dan berapa ramai yang mengalami peningkatan per kapita.

"Bantuan wang tunai yang diberikan saban tahun menunjukkan dasar itu tidak berkesan kerana jumlah keseluruhan agihan yang diberi meningkat menggambarkan semakin ramai memerlukan tambahan kewangan," katanya dalam Kongres Nasional AMK Tahunan Ke-12, di IDCC, hari ini.

Beliau berkata, kedudukan Malaysia kini dilihat terumbang-ambing kerana faktor-faktor tersebut.
Katanya, hari ini, tiada rakyat yang menyebut Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tanpa nada sinis.

Malah, kenyataan menteri yang cuba menjustifikasikan bahawa GST boleh menurunkan harga barang hanya tinggal sebagai jenaka umum.

"Hakikatnya, kuasa beli rakyat merosot. Peluang kerja, kadar upah dan gaji tidak banyak berubah. Inilah punca sebenar mengapa hutang isi rumah dan kos sara hidup begitu tinggi," katanya.

sumber : sinarharian.com.my

No comments: