Monday, 21 October 2013

Harga Minyak Naik Lagi 20 sen, Kenaikan Minyak Masak, Gula, Tepung, Gas Memasak Dan…. Respon Anda?

 

Agak senada dengan kenyataan Presiden Persatuan pengedar petroleum (KLIK SINI). Menjelang Pembentangan Bajet 2014 pada Jumaat ini. Sekejap rasanya masa berlaku, terbaru Penyelidik Alliance Research, Manokaran Mottain tampil mendedahkan hasil kajian menyeluruhnya bersama pasukannya mengenai halatuju dasar kerajaan Malaysia selepas ini.

Berdasarkan kajian, kerajaan akan mengumumkan lebih banyak mengumumkan pengurangan subsidi @ kenaikan harga tidak lama sahaja lagi. Antaranya…..Dalam bahasa media arus perdana, istilah kenaikan digantikan kepada rasionalisasi. Sebenarnya sama sahaja mekanismenya. Cuma bunyinya agak “indah”.

Senarai Pengumuman Kenaikan Harga @ Pengurangan Subsidi @ Rasionalisasi Subsidi Untuk Rakyat Malaysia.

  1. Kerajaan dijangka akan mengurangkan subsidi minyak sekaligus menyebajbkan kenaikan harga minyak naik sekali lagi sebanyak 20 sen bagi RON95 & 10 sen bagi diesel dalam tempoh 6 bulan daripada sekarang. Hampir pasti berlaku. Ini antara penyelesaian yang cuba diambil pihak kerajaan dek kerana hutang kerajaan Malaysia yang terus melambung tinggi (SEPERTI DI SINI) dan bagi memastikan sumber kewangan negara sentiasa mampan
  2. Barangan lain juga seperti minyak masak, gula, tepung, gas memasak akan naik tidak lama lagi dan terlepas daripada terkena tempias bahang pengurangan subsidi oleh kerajaan Malaysia selama ini
  3. Seterusnya, kerajaan akan mengumumkan tempoh masa yang lebih jelas pelaksanaan mekanisme Fuel Cost Pas Through (FCPT) bagi mekanisme ketetapan kenaikan tarif elektrik kepada anda semua di sini. Nantikan…

Sejarah Pembahagian Subsidi di Malaysia : Tahun 1990 VS 2013

  • Dahulu subsidi kerajaan kepada rakyat Malaysia pada tahun 1990 : RM494 juta @ 1.7% hasil kerajaan Malaysia
  • Sekarang subsidi kerajaan kepada rakyat Malaysia @ golongan kapitalis Malaysia (CONTOHNYA DI SINI) pada tahun 2013 : RM37.6 bilion @ 18.6% daripada hasil negara (RM24.8 bilion atau 11.9 peratus adalah subsidi minyak & gas)
Semuanya dilakukan supaya lebih ramai rakyat miskin di Malaysia mendapat manfaatnya. Itu kata di pihak kerajaan. Apa respon balas anda pula menjelang bahang gelombang kenaikan segala barangan di Malaysia selepas ini?

Sunday, 20 October 2013

Malaysia Berdepan Kegawatan Kemelesetan Ekonomi Berganda?

Menteri kata Malaysia akan bankrap seperti yang berlaku di Greece jika meneruskan sistem subsidi seperti yang ada sekarang. Betul ker? Hakikatnya, Greece bankrap sebab :
  1. Rasuah
  2. Tipu angka ekonomi
  3. Urus ekonomi negara dengan cukup lemah sekali
Ada atau tidak faktor subsidi di sini? Apa yang saya nak highlightkan di sini adalah melibatkan  2 individu yang bertanggungjawab menguruskan ekonomi Malaysia pada 2 zaman yang berbeza berhubung kenyataan mereka mengenai isu Malaysia bakal berdepan kemelesetan dan kegawatan ekonomi berganda……..
Dahulu pun Greece & Iceland pun kata ekonomi mereka kuat, takkan bankrap. Akhirnya? Ketika ini, ramai ahli ekonomi dan penganalisis dunia menjangkakan bahawa akan berlaku kemelesetan ekonomi global berganda pada separuh kedua tahun ini. Adakah ia memberikan kesan kepada Malaysia? Apa kata Tun Dr Mahathir Mohamad dengan krisis kegawatan kemelesatan ekonomi dunia yang dikatakan akan berlaku tidak lama lagi…….
  • Dr Mahathir mengatakan Malaysia kemungkinan berdepan dengan kegawatan dan kemelesetan  ekonomi berganda sekiranya keadaan ini berlaku dinegara-negara Eropah kerana ia secara tidak langsung akan mempengaruhi keadaan ekonomi Malaysia
  • Dr Mahathir juga mengatakan walaupun kerajaan telah menyediakan pelbagai pelan ekonomi dan langkah-langkah yang progresif termasuk Model Baru Ekonomi (MBE) tetapi sebenarnya adalah sukar untuk meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan kerana apa juga yang berlaku di luar negara, tempiasnya akan terkena juga pada Malaysia
Ini pula kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkenaan dengan krisis kegawatan & kemelesetan ekonomi dunia.
Ekonomi Malaysia berada di landasan ekonomi yang betul untuk mencapai unjuran pertumbuhan tahunan enam peratus, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Justeru itu, Malaysia tidak dijangka berdepan kemelesetan berganda meskipun “prestasi yang tidak begitu baik” pada suku kedua, katanya.
“Kita pastinya boleh mencapai enam peratus (pertumbuhan). Pertumbuhan enam peratus itu juga mengambil kira suku kedua yang mungkin tidak begitu baik seperti suku pertama,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.
Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini bahawa terdapat kemungkinan penurunan pada separuh kedua tahun ini. Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 10.1 peratus pada suku pertama tahun ini, yang tertinggi sejak suku pertama 2000.
Nor Mohamed berkata keyakinan itu juga dirangsang daripada ekonomi serantau yang mencatatkan prestasi menggalakkan. “Kita sudah tentu tidak melihat kemelesetan berganda berlaku,” katanya. BERNAMA
Satu kata hitam, satu kata putih. Walaupun tidak dimaklumkan kepada rakyat dengan jelas, tanda-tanda sudah pun kelihatan di mana rakyat diminta berjimat-cermat secara “halus” :
  1. Menaikkan interest rate supaya rakyat kurang beli kereta dan hartanah bagi mengelakkan rakyat terlibat dalam bubble hartanah yang mungkin burst semasa recession
  2. Syarat yang lebih ketat untuk membeli rumah yang kedua bertujuan mengelakkan rakyat membuat sebarang spekulasi
  3. Ada lagi nak tambah?
Pendek kata, apabila berlakunya kemelesetan & kegawatan ekonomi berganda nanti sekurang-kurangnya rakyat masih boleh menghadapinya lagi disebabkan pada masa itu hutang masing-masing adalah rendah. Dalam kenyataan Tan Sri Nor Mohamed Yaakob mengatakan ekonomi Malaysia sedang berkembang baik ketika ini, banyak perbelanjaan telah dipotong.  Nak dapatkan bayaran projek? Lambat rasanya………Nak dapat projek, lagilah susah. Kakitangan kerajaan nak claim  elaun pun tidak semudah dahulu. Nampak ada perubahan, bukannya soal meminta-minta di sini.

“Dahulu lain, sekarang lain”

Mungkin berita kegawatan & kemelesetan ekonomi adalah berita buruk bagi sesetengah orang tetapi bagi pelabur ini lah masa paling sesuai untuk membeli pelaburan kerana harga sedang turun/murah. Jadi kepada sesiapa yang belum melabur silalah berbuat demikian. Sekurang-kurangnyanya ada simpanan untuk 10 tahun lagi.

“Better late than never”

Dalam keadaan ekonomi yang berpotensi untuk CRASH dan COLLAPSE, adalah bukan pilihan yang terbaik untuk duit KERTAS (fiat money) lama-lama. Di kesempatan ini saya nak mengajak anda membaca artikel berkenaan. Sila KLIK LINK di bawah gambar…

Sunday, 1 September 2013

KOPERASI KOPUTRI

Koperasi KOPUTRI yang diterajui oleh YB Dato’ Noraini Ahmad merupakan sebuah koperasi berdaftar yang terletak di No. 22 – 24, Wisma KOPUTRI,Lorong Medan Tuanku 1,50300 Kuala Lumpur. Koperasi ini mula beroperasi pada Mac 2006 dengan menawarkan perkhidmatan pinjaman peribadi kepada kakitangan kerajaan. Kini, pencapaian koperasi KOPUTRI semakin maju baik dalam bidang perniagaan atau perkhidmatan yang ditawarkan.Selain itu, KOPUTRI juga kini mampu memiliki hartanah sendiri yang terletak di kawasan-kawasan elit seperti di Kuala Lumpur.

Kelebihan Pinjaman Koperasi Putri
  • Pinjaman maksima sehingga RM250,000
  • Process 2-3 Minggu
  • Tempoh bayaran balik sehingga 10 tahun
  • Kadar keuntungan adalah dari 4.99% untuk 10 tahun
  • Kadar payout 94.5% dari jumlah pinjaman
  • Gaji Minima RM600 dan berkhidmat 6 bulan keatas
  • Status Kerja Tetap dan Kontrak
  • Untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun sahaja. Potongan Gaji Biro Angkasa
Document Yang Diperlukan
  • Slip Gaji Asal Satu Bulan Terkini (e-payslip perlu disahkan Majikan dan 3 salinan)
  • 3 Salinan Slip Gaji Setiap Bulan untuk 3 Bulan Disahkan Majikan
  • 3 Salinan IC Disahkan Majikan
  • Surat Pengesahan Majikan
  • Surat Opsyen Bersara (jika perlu)
  • Salinan surat lantikan Tetap bagi pemohon yang baru bekerja minima 3 bulan
  • Salinan Buku Bank Rakyat
  • Bill Air/Api/Astro/Telepon/KWSP
  • Jika buat overlap settlment dari bank, mesti sertakan resit bayaran rasmi ASAL