Tuesday, 4 March 2014

Mengapa nilai ringgit makin turun?

SHAH ALAM - Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff hari ini meluahkan perasaan bimbang dan sedihnya terhadap nilai ringgit (RM) negara yang semakin hari semakin menurun nilainya.

Menurutnya, sejak dua tahun lepas, dunia dikejutkan dengan krisis Euro dan selepas itu krisis Dollar Amerika, waktu itu nilai Euro dan Dollar Amerika terumbang ambing kerana krisis ekonomi dan kewangan yang mereka hadapi.

Jadi, ketika itu katanya, rakyat Malaysia hendak menukar ringgit berasa sungguh selesa dan gembira kerana nilai ringgit bernilai tinggi ketika itu.

" Namun hari ini saya ke 'money changer'. Sedih saya melihat nilai ringgit kita rendah, tidak seperti enam bulan yang lalu berbanding dengan Euro, Amerika Dollar, British Pound atau Singapura Dollar.

"Mengapa nilai ringgit kita semakin rendah? Inilah isu yang perlu dijawab dan dibahaskan untuk dijadikan sebagai renungan bersama," katanya dalam entri terbaru Facebooknya.

Tambahnya, beliau pernah terbaca kenyataan seorang timbalan menteri yang berkata nilai ringgit yang rendah baik untuk ekonomi negara kerana ini menyebabkan eksport kita bertambah kerana banyak negara luar berminat pada barangan kita kerana harganya murah.

"Saya tidak berminat dengan jawapan sebegitu. Saya juga tidak bangga jika barangan kita dibeli oleh negara luar kerana harganya murah atau pelancong datang ke negara kita kerana kosnya rendah.

"Saya mahu negara luar berminat membeli barangan kita kerana produknya berkualiti dan pelancong datang ke negara kita kerana produk pelancongannya baik.

"...bolehkah kita bermentaliti begitu? Kita hebat kerana kualiti barangan kita hebat, bukannya kerana harganya murah dengan kualiti yang belum pasti," tegasnya.

Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2014 Naik 30% (Gaji Minimum) VS Isu Kakitangan Awam Yang Belum Cuepacs & JPA Selesaikan!

Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2014 Naik 30% : Senyum simpul Pembantu Tadbir kerana naik gaji lagi andai desakan dan tuntutan Cuepacs menjadi realiti. Hakikatnya, sekarang ini sememangnya gaji penjawat awam yang ada sekarang ni tidak relevan lagi memandangkan kos sara hidup semakin meningkat. Walaubagaimanapun saranan..Berita Semasa tunaikan & selesaikan terlebih dahulu perkara-perkara yang belum terjawab seperti elaun ITP dsb.

Desakan Cuepacs : Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2014 Naik 30% (Gaji Minimum)

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan supaya gaji penjawat awam 2014 naik 30% (gaji minimum) sebanyak 30 peratus.

Presidennya, Azih Muda berkata, cadangan ini seiring dengan kenaikan harga barang (YANG NAIK SEPERTI DI SINI) memberi tekanan hidup kepada kakitangan awam berjawatan rendah. Beliau berkata, kenaikan tersebut adalah wajar memandangkan gaji minimum sekarang tidak mencukupi untuk menampung kehidupan.
  • Kenaikan harga barang memberikan tekanan kepada rakyat terutama penjawat awam berpendapatan rendah
  • Kenaikan gaji penjawat awam 2014 naik (gaji minimum) kepada RM1,200 daripada RM900 sebulan membantu penjawat awam untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat
  • Kenaikan gaji penjawat awam naik (gaji minimum) itu perlu dilakukan segera kerana mereka adalah tulang belakang kepada pentadbiran kerajaan.
Sumber : Utusan Malaysia
Rasanya perjuangan untuk cola dan imbuhan tetap perumahan lebih patut diutamakan dulu, isu ini sudah terlalu lama, tetapi sampai sekarang belum ada penyelesaian. Dalam pada masa yang sama, kenaikan pangkat ikut time base pun sudah menjadi semakin sukar. Masalah tangga gaji pun tidak diperbetulkan lagi, haru biru. Dibiarkan tiada pembelaan. Berdasarkan pemerhatian Berita Semasa selama ini ada banyak isu-isu yang berkaitan :
  1. SST : Mansuh SSM dan diganti dgn SST tetapi sama juga nasibnya hingga hari ini tiada tanda-tanda ia akan menjadi realiti
  2. COLA
  3. ELAUN RUMAH
  4. 83 SKIM TAMBAH BAIK
  5. KPSL/PTK : Hapus PTK dengan alasan mahu digantikan dengan sistem baru tetapi hingga saat ini langsung tiada berita mengenainya
  6. KADAR INTERES RUMAH 1%
  7. UMRAH CUTI
  8. PENGELUARAN SAGUHATI SEBELUM BERSARA
  9. ITK
  10. Ada yang anda mahu tambah?
Sekadar nasihat kepada Presiden Cuepacs baru, selesaikan apa yang lalu terlebih dahulu banyak yang tertangguh masih belum selesai. Fikir-fikirkan.

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/kenaikan-gaji-penjawat-awam-2014-naik

Monday, 3 March 2014

Eksekutif muda bankrap

Oleh Murshid Eunos

Dalam satu laporan dan statistik dikeluarkan Jabatan Insolvensi Malaysia, hampir 45,000 individu yang berumur di bawah 35 tahun di negara ini diisytiharkan muflis sejak tiga tahun lalu. Daripada jumlah itu, secara purata 41 individu muflis setiap hari akibat kegagalan menjelaskan bebanan bayaran kad kredit, yuran perubatan, sewa beli dan hutang along.

Tahap pengetahuan rendah mengenai pengurusan kewangan menjadi salah satu punca kepada kemelut bebanan hutang golongan ini. Kajian Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) membuktikan 47 peratus daripada mereka dibebani hutang serius dan pemerhatian lanjut mengenai perilaku dan tabiat kewangan golongan pekerja muda, 37 peratus daripada kelompok ini mengakui mereka berbelanja melebihi gaji bulanan.