Tuesday, 1 September 2015

Harga petrol turun 10 sen, diesel 15 sen

SHAH ALAM - Harga runcit petrol bagi RON95 dan RON97 turun 10 sen bermula tengah malam ini.

Harga baharu bagi RON95 adalah RM1.95 seliter, manakala RON97 menjadi RM2.35.

Harga bagi diesel juga mengalami penurunan sebanyak 15 sen, daripada RM1.95 pada Ogos, kepada RM1.80.

sumber : sinarharian.com.my

Monday, 31 August 2015

PAS 'Hilang' 10 Wakil Rakyat

KUALA LUMPUR: PAS kehilangan 10 wakil rakyat serentak selepas lima Ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan (Adun) parti Islam itu menyertai parti politik baharu yang ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata keahlian 10 wakil rakyat itu gugur secara automatik apabila mereka dilantik menganggotai jawatankuasa parti baharu yang akan dikenali sebagai Parti Amanah Negara.

"Tak perlu keluar (PAS), keahlian dalam parti lama mereka gugur secara automatik," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Sepuluh yang gugur keahlian PAS secara automatik ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Kuala Kerai), Khalid Samad (Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).

Selain itu, lima Adun yang meninggalkan PAS ialah Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundot), Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Kesemua wakil rakyat ini mempunyai jawatan di dalam Parti Amanah Negara.

Selain itu dua lagi Ahli Parlimen PAS iaitu Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Kuala Terengganu) dijangka akan meninggalkan PAS dalam masa terdekat menjelang pelancaran rasmi Parti Amanah Negara pada 16 September depan.

sumber : mystar.com.my

Orang perang (Senoi Praaq) cari 7 budak ghaib

IBU kepada salah seorang mangsa, Nora Tegue sedih ketika menunjukkan gambar anaknya, Ika Ayel yang hilang sejak lapan hari lalu ketika ditemui di Asrama SK Tohoi, Gua Musang semalam.


GUA MUSANG – Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di sini meminta operasi mencari tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang hilang sejak lapan hari lalu menggunakan khidmat Unit Senoi Praaq, skuad elit Pasukan Gerakan Am (PGA).

Pengerusi Belia Jaringan Kampung Orang Asal Kelantan (JKOAK), Dendi Johari, 23, berkata, pihaknya sedang cuba menghubungi Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga PGA, Supe­rintendan Wan Hamzah Wan Kadir dari Kem Bidor dan Kem Pengkalan Hulu di Perak bagi mendapatkan bantuan mereka.

Katanya, ibu bapa mangsa amat berharap bantuan ikhtiar daripada Senoi Praaq kerana pasukan itu amat pakar dengan keadaan dalam hutan. Senoi Praaq ialah ungkapan Orang Asli yang bermaksud ‘orang perang’.

“Malah kebanyakan anggota unit terbabit datang dari perkampungan di sini dan mereka arif de­ngan keadaan muka bumi Gua Musang.

“Sebut sahaja nama sungai, gunung dan lembah di sini semua mereka tahu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

sumber : kosmo.com.my/