Sunday, 6 September 2015

Menakjubkan Bayi Dilahirkan Selebar Wang Kertas Kini Ke Sekolah

KETIKA bayi, Levi Phipps menarik perhatian dunia apabila saiznya hanya sebesar wang kertas £10.

Kanak-kanak itu dilahirkan sebagai bayi pra-matang yang berusia lapan minggu dan membesar sehingga sebesar wang kertas ketika berusia 10 bulan.

Selepas empat tahun berlalu kini Phipps sihat seperti kanak-kanak lain dan telah memulakan persekolahan.


Bagaimanapun apa yang dilalui kanak-kanak itu tidak semudah yang disangka kerana dia berdepan pelbagai cabaran untuk terus hidup.

Phipps bertarung dengan sawan, jangkitan kuman, usus berpintal dan mempunyai tekanan darah rendah.
Perkembangan positif yang dilalui selepas itu memberi kegembiraan kepada ibunya dan para doktor yang bertungkus lumus.

Kini penduduk di Aylestone, Leicester yang mengikuti perkembangan kanak-kanak berkenaan sebelum ini boleh melihatnya berjalan dihadapan rumah mereka untuk ke sekolah setiap hari.

sumber : mystar.com.my

Samsung Perkenal Galaxy Note5 Dan Galaxy S6 Edge+

PETALING JAYA: Selepas membuat penampilan peringkat global baru-baru ini, pada Khamis Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd memperkenalkan peranti gabungan telefon pintar dan tablet, 'fablet' Samsung Galaxy Note5 dan telefon pintar Galaxy S6 edge+ di pasaran Malaysia.

Naib Presiden Mudah Alih, Teknologi Maklumat dan Pengimejan Digital, Lee Jui Siang berkata kedua-dua peranti adalah simbol komitmen berterusan Samsung dalam pasaran telefon pintar skrin besar yang dirintis oleh syarikat itu pada 2011 menerusi Galaxy Note.

Kedua-dua model utama Samsung itu menampilkan teknologi skrin canggih, kamera bagi gambar dan video berkualiti tinggi, pengecasan tanpa wayar dan berwayar lebih pantas serta pemproses lebih berkuasa.


Penyanyi Yuna memegang Samsung Galaxy Note5

"Dilengkapi ingatan capaian rawak (RAM) yang dipertingkat kepada empat gigabait (GB), kedua-dua peranti menawarkan pemproses dan kapasiti lebih hebat kepada pasaran," kata Lee kepada pemberita pada pelancaran produk itu, di sini.

Beliau berkata perkhidmatan dan penyelesaian baharu seperti teknologi evolusi jangka panjang terkini (Cat.9) dan pengecasan tanpa wayar membolehkan Samsung mencipta semula cara orang ramai menggunakan telefon mudah alih mereka.

Harga runcit yang dicadangkan bagi Galaxy Note5 ialah RM2,699 (termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan - GST) dan ia ditawarkan dalam dua warna iaitu platinum keemasan dan putih mutiara.
Galaxy S6 edge+ pula yang berharga RM3,099 (termasuk GST) ditawarkan dalam warna platinum keemasan dan hitam biru nilam.

Kedua-dua peranti ditawarkan bersama opsyen storan 32 GB dan boleh di peroleh pasaran bermula esok.

sumber : mystar.com.my

"Tun M ada sebab sendiri" (turut serta di himpunan Bersih 4.0)

Anne Ngasri

PUTRAJAYA – Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menghadiri himpunan Bersih 4.0 baru-baru ini agak mengecewakan, kata Ketua Puteri Umno bahagian Bukit Bintang, Datin Anne Ngasri atau Nasriah Ngasri.

Menurut Anne, masyarakat Malaysia tidak pernah melupakan jasa Dr Mahathir dan menyifatkan tindakan pemimpin itu menghadiri Bersih 4.0 mungkin satu kesilapan.

"Manusia biasa melakukan kesilapan, mungkin kali ini Dr Mahathir lakukan kesilapan. Tetapi kalau kita ingat semula, perjuangan Dr Mahathir itu lebih besar dari apa yang dia lakukan pada tempohari," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui di Gerai Jualan Sinar Harian di Karnival Usahawan Desa di Putrajaya, di sini, hari ini.

Terdahulu, tindakan Dr Mahathir yang menghadiri perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lalu mengundang pelbagai reaksi berbeza.

Menurut Anne lagi, walaupun tindakan Dr Mahathir akan mengundang pelbagai persepsi dari kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara ini, beliau tetap menghormati bekas pemimpin negara itu.

“Mana-mana anak muda sekarang mengangkat Dr Mahathir sebagai idola mereka.

"Bagi saya, Dr Mahathir ada sebab tersendiri mengapa beliau melakukan perkara tersebut (turut serta di himpunan Bersih 4.0)," katanya lagi.

sumber : sinarharian.com.my