Monday, 2 November 2015

Kaki budak tersepit eskalator

 

Ibu bapa mangsa menenangkan anak mereka sementara menunggu bantuan Bomba tiba. - Foto Ihsan Pembaca 

Kuala Lumpur : Kaki seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia lima tahun tersepit pada eskalator tingkat dua pusat beli-belah di KLCC di sini, malam ini. 

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa bersama ibu bapanya dipercayai berasal dari Timur Tengah, sedang menuruni eskalator berkenaan bersama pengunjung lain. 

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.39 malam dan sepasukan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat KLCC dan Keramat, dikejarkan ke lokasi kejadian. 

"Anggota bomba tiba kira-kira 10 minit kemudian dan kaki kanak-kanak itu dapat dikeluarkan sepenuhnya pada pada jam 8.19 malam," katanya. 

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan.

sumber : hmetro.com.my/

Sunday, 1 November 2015

Tambang Komuter Naik Disember Ini



PETALING JAYA: Tambang keretapi KTM Komuter akan naik bermula Disember.

Pengerusi KTMB Datuk Nawawi Ahmad mengesahkan bahawa kenaikan tambang bagi laluan KTM Komuter akan diumumkan pada Isnin, dengan kadar tambang baharu bermula pada 2 Disember.

Penumpang dijangka dikenakan tambang 15 sen per km, meningkat dari kadar tambang semasa 11 sen per km.

Nawawi berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengumumkan butir-butirnya, tetapi kereta api Intercity KTMB terlepas daripada kenaikan.
Sebelum ini, Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar telah menunjukkan tanda-tanda bahawa tambang LRT dan Monorel akan dinaikkan.

Beliau berkata Prasarana akan mengumumkan kenaikan sebelum akhir Oktober.

Syed Hamid berkata SPAD telah mendapat kelulusan Kabinet untuk menaikkan tambang.

SPAD dan Prasarana (mengendalikan laluan LRT dan Monorel di Lembah Klang) tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Pada Julai, Prasarana berkata tambang LRT kekal tidak berubah sejak 2002. Tambang komuter KTM kali terakhir disemak semula pada tahun 2003.

sumber : mstar.com.my/

Bonus Sebulan Setengah Gaji Kakitangan Kerajaan Selangor? Naik Gaji 3 Peratus Bermula Januari 2016


Dengan gelombang kenaikan harga barang, kenaikan tol lagi, belum campur GST lagi kakitangan kerajaan negeri Selangor boleh menarik nafas lega seketika dengan sumbangan dan kerja keras, bakti yang mereka taburkan sepanjang tahun 2015 ini bagi menguruskan negeri Selangor khususnya. 

Ini kerana berdasarkan pengumuman pembentangan Belanjawan Selangor 2016, kakitangan kerajaan akan menerima bukan sebulan bonus sahaja tetapi satu bulan setengah gaji penjawat awam Selangor. Tetapi selepas diselidiki dan diteliti rupa-rupaya ia dirangkumkan sekali dengan bayaran bonus pada bulan Mei yang lalu. 

Semoga pembayaran bonus ini dan pengumuman kenaikan gaji naik ini nanti bakal menjadi pembakar semangat untuk meneruskan kerja yang lebih baik dan efektif di masa akan datang pada masa akan datang

Butiran Bonus Satu Bulan Setengah Gaji Selangor dan Naik Gaji

  1. Peruntukkan berjumlah RM44.1 juta
  2. Pembayaran bonus pada 17 Disember 2015 untuk setengah bulan. Manakala, sebulan bonus telah pun dibayar pada Mei 2015 yang lalu. Oh…begitu rupanya.
  3. Kenaikan naik gaji sebanyak 3 peratus akan bermula Januari 2016 ini.


beritasemasa.com.my/